“Strike Ke Bulan” Kec0h B0la B0ling Tak Masuk L0ngkang, Tapi Tembvs SilIng Ramai Nak Tahu Di Mana Ia ‘Mendarat’

BUKAN semua orang pandai bermain boling, kalau silap teknik bola yang dilontarkan tidak menepati sasaran untuk menjatuhkan pin.

Jika bernasib baik, lontaran yang dibuat dapat menjatuhkan kesemua 10 pin yang dipanggil strike atau sekurang-kurangnya mengenai sebahagian daripadanya.

Kalau tersilap langkah pula, bola yang dilemparkan boleh masuk ‘longkang’ meskipun belum separuh jalan menuju sasaran.

Namun, lain pula video yang tular di media sosial, menunjukkan seorang pemuda cuba membuat lontaran boling tetapi bola itu terbang sehingga memecahkan siling pusat hiburan.

Perkongsian Hazril di laman sosial menjadi tular.

Menerusi video berdurasi 14 saat, seorang pemuda berbaju putih dilihat jatuh tergelincir di lantai lorong boling selepas membuat lontaran ‘rare’ tersebut.

“Kejadian berlaku di Kuantan. Boling strike ke bulan,” menurut perkongsian di laman Twitter @hazrilazharudin sehingga diulang kicau hampir 30,000 kali.

Aksi pemuda tersebut mengejutkan netizen sehingga ramai yang mempersoalkan bagaimana bola boling seberat itu mampu dilontarkan sehingga ke siling.

Berat bola boling kebiasaannya dalam lingkungan 6.35 kilogram (kg) hingga 7.26kg, dan bola paling ringan pun antara 4.76kg dan 5.67kg.

Pemuda berkenaan tergelincir di lorong boling selepas membuat lontaran.

“Aku yang tak reti main ni pun tak ada shoot sampai ke atas,” komen seorang netizen.

Bercakap kepada mStar, Hazril yang membuat perkongsian tersebut berkata, video berkenaan bukan miliknya dan dia tidak mengenali individu dalam rakaman berkenaan.

“Saya tak kenal dia. Saya dapat video daripada grup WhatsaApp,” katanya ketika dihubungi sambil menambah tidak mengetahui sumber asal video tersebut.

Aku yang tak reti main ni pun tak ada shoot sampai ke atas.

NETIZEN

Namun apa yang lebih menghairankan apabila sehingga ke akhir video tersebut tidak diketahui di mana bola boling yang dilontarkan ‘mendarat’.

“Aku ingat penamat dia, bola tu jatuh atas dia,” komen seorang gadis membuat tekaan.

Komen segelintir netizen mengenai video tersebut.

“Itulah tunggu juga kot bola tu jatuh kena dia balik,” ujar seorang lagi.

Malah, ada netizen membuat parodi menerusi video yang disunting menunjukkan sambungan bola boling tersebut sampai ke bulan selepas mengenai siling.

“Bola ke bulan,” tulis seorang netizen yang memuat naik video versi suntingan itu.

Parodi yang dibuat netizen menunjukkan lontaran bola boling tersebut sampai ke bulan.

Selain itu, segelintir netizen turut berang dengan tindakan pemuda tersebut yang disifatkan hanya merosakkan harta benda awam.

“Boleh baling elok-elok, kenapa kau macam sengaja rosakkan harta benda awam” soal seorang netizen.

“100 peratus niat sengaja nak buat pasal. Orang tak tahu main pun reti baling elok-elok. Menyusahkan orang.

“Rosakkan harta benda satu hal, kau jatuh atas lorong yang ada minyak kebarangkalian kau boleh lumpuh tu tinggi.  Jangan buat pasal dan jangan beria sgt,” tambah yang lain.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Strike sampai ke bulan. Siapa tahu pasal video ni DM min ya. TQ #janganseriussangat #mstarkongsi #mstarE1 Video Twitter hazrilazharudin/PM for credit

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial) pada

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: mStar

Be the first to comment on "“Strike Ke Bulan” Kec0h B0la B0ling Tak Masuk L0ngkang, Tapi Tembvs SilIng Ramai Nak Tahu Di Mana Ia ‘Mendarat’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*