Kucing Suka Dengar Surah Al-Quran Dalam Telefon, Tepis Tangan Tuannya Kalau Dikacau

Alunan ayat suci al-Quran yang indah dapat memberi ketenangan kepada jiwa. Dengan penyampaian penuh merdu, silap-silap si pendengar boleh tertidur ketika mendengarnya.

Tapi bukan sahaja hambaNya yang gemar menghayati kalam Allah SWT itu, malah alunan syahdu dapat memikat hawa telinga haiwan termasuk kucing ini.

Menerusi Twitter qari tersohor dunia, Syeikh Misyari Rasyid Al Afasy berkongsi sebuah video memaparkan seekor kucing mendakap telefon bimbit yang dipasang ayat Kursi.

Walaupun pemiliknya mengusik ingin mengambil telefon bimbit tersebut, kucing berkenaan menepis tangan untuk beberapa kali dan terus ‘melayan’ perasaan mendengar bacaan lunak itu.

Posting berkenaan mengundang perhatian netizen bagi memberikan komen yang rata-rata mengucapkan syukur dan terpegun dengan kepintaran kucing itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : Twitter , Facebook via AKUOKAY

Be the first to comment on "Kucing Suka Dengar Surah Al-Quran Dalam Telefon, Tepis Tangan Tuannya Kalau Dikacau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*