Kisah Inspirasi Suri Rumah Raih Pendapatan Melalui Game PUBG

Zaman serba moden dan pantas kini, tidak keluar rumah pun mampu menjana pendapatan. Ini yang dilakukan oleh seorang suri rumah, Roslinda. Dalam kesibukan mengendalikan kerja rumah, dia sempat menjadi streamer untuk Facebook Gaming Creator.

Pendek kata bermain game sambil menjana pendapatan, memang hebat wanita bernama Roslinda ini! Menerusi temubual bersama Zayan.my, Roslinda berkongsikan bagaimana dirinya boleh berkecimpung dalam dunia penstriman ini.

Roslinda mula menjana pendapatan melalui penstriman ini sejak bulan 10 tahun lalu. Roslinda atau turut dikenali dengan nama Miss Rose. Menurutnya, dia gemar mengisi masa dengan bermain game. Dari situ adik iparnya mencadangkan dirinya untuk stream di Facebook yang secara tidak langsung dapat juga menjana pendapatan.

Roslinda ketika live di FB

Melalui pengalaman sepanjang melakukan penstriman ini, ada juga kata-kata kurang ‘enak’ yang ditujukan kepadanya. Namun semua itu tidak mematahkan semangat wanita ini.

Berikut adalah video penuh sesi temubual bersama Roslinda:

Siapa sangka, pendapatannya kini mencecah sehingga ke 5 angka! Perkongsian penuh inspirasi ini telah meraih perhatian ramai.

Berikut antara reaksi netizen yang ditinggalkan mengenai video perkongsian penuh inspirasi ini di ruangan komen:

“Saya harap 1 day nanti, saya jadi seperti awak”

“Pandai bahagi masa…Oklah tu. Boleh bantu suami bila ada pendapatan lebih”

“Padu…duk rumah boleh buat 5 angka”

Sumber: Zayan.my / Miss Rose Gaming

Be the first to comment on "Kisah Inspirasi Suri Rumah Raih Pendapatan Melalui Game PUBG"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*