Tiga Sifat Isteri Yang Menjemput Rezeki Suami

Dalam hidup ini semua orang mengidam nak sifat isteri yang baik-baik, rupa paras yang menyedapkan mata dan cukup berh4rap kekal bahagia hingga ke Jannah. Apa yang pasti hidup kaum suami akan berjaya bila bahagia bersama isterinya.

Namun saat kaum lelaki mula menipu, meny4kitkan, menyvsahkan pasangan, hidup bertukar jadi serba tak kena. Sesekali bertikam lidah itu normal tetapi kalau setiap hari berg4duh sebab perkara kecil dan akhirnya melarat sampai lebih 3 hari, anda patut semak balik dan betulkan mana yang silap. Jom kita baca nota yang dikongsi oleh Mutawwif Anass ini…

Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa isteri yang dikahwininya merupakan perantara yang menjemput rezeki suami. Berhati-hatilah dalam memilih isteri dengan memerhatikan 3 Sifat Wanita Yang Menjemput Rezeki Suami sebelum anda mend1rikan rumahtangga.

Yang telah berumahtangga, berusahalah bersungguh-sungguh mengubah isteri anda supaya memenuhi Sifat-sifat Wanita Yang Menjemput Rezeki Suami ini. Sememangnya formula menarik rezeki ini tidak mampu dilihat dengan mata kasar, tetapi ianya dapat dibuktikan secara sp1ritual yang isteri dapat jadi pemangkin magnet rezeki bagi suami.

1. Isteri yang pandai bersyukur

Wanita yang bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah secara ker0haniannya sedang rezeki rezeki dan mengundang lebih banyak nikmat kepada suaminya.

Mempunyai suami ia bersyukur, menjadi ibu kepada anak-anak ia bersyukur, anak-anak dapat ke sekolah ia bersyukur, suami menghulurkan nafkah dia bersyukur, suami memberikan hadiah dia bersyukur, suami memenuhi keperluan suami isteri dia pun bersyukur.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengatakan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7)

2. Wanita Yang Tawakal Kepada Allah

Pada waktu seseorang hamba bertawakal kepada-Nya, Allah mencukupkan rezekinya.

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”(QS. Ath Thalaq: 3)

Jika seorang wanita bertawakal kepada Allah sedangkan dia hanya duduk di rumah melayani anak-anak dari manakah sumber rezekinya? Allah mencukupkan rezekinya melalui sumber yang tidak disangka-sangka melalui suaminya dengan memudahkan rezeki itu.

3. Wanita Yang Baik Agamanya

Rasulullah SAW telah menyebutkan kahwinilah wanita atas empat perkara. Kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya.

فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Sangat beruntung seseorang lelaki mengahwini wanita yang baik agamanya selain dari mendapat keredhaan Allah, wanita yang taat agama juga dapat mengundang rezeki buat suami.

Cuba kita renung-renungkan, jarang sekali kita melihat keluarga yang keseluruhan ahlinya taat pada agama hidup menderita dan m4ti kelaparan. Setiap hari ada sahaja sumber rezeki yang dibuka oleh Allah untuk mereka.

Jika demikian bagaimana pula dengan seorang suami yang sentiasa berbuat maksiat kepada Allah yang kelihatannya murah rezeki sepanjang kehidupannya? Mungkin saja rezeki yang diperolehinya hasil keberkatan isterinya yang bertaqwa kepada Allah. Allah memudahkan rezeki si isteri melalui tangan suaminya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Nasinatustazz

 

 

Be the first to comment on "Tiga Sifat Isteri Yang Menjemput Rezeki Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*