Isteri sedang hamil, Kamal Chilok tak sempat tatap wajah anak sulung

Lebih menyentuh hati, Kamal dan Bea baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Mac lepas dan sedang hamil anak pertama mereka.. πŸ˜”πŸ˜žπŸ˜’

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian pelawak, Kamal Chilok. Allahyarham yang pernah bersaing dalam rancangan realiti Muzikal Lawak Superstar menerusi kumpulan Kroni telah dis4hkan meningg4l dunia selepas koma akibat kemalangan jalan raya.

Kamal atau nama sebenarnya Mohd Kamal Shah Saharuddin,30 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Putrajaya dan meninggalkan seorang isteri dikenali sebagai Bea Zhari.

Isteri hamil anak pertama

Lebih menyentuh hati, Kamal dan Bea baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Mac lepas dan menerusi Mstar Online, isteri Allahyarham sedang hamil anak pertama mereka.

Terdahulu, Kamal dilaporkan dalam keadaan kritikal dan koma selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan kenderaan lain. Ketika itu, dia baru sahaja dalam perjalanan pulang menghantar pesanan masakan patin tempoyak yang ditempah pelanggan.

Kamal telah mengalami kecederaan parah di anggota badan dan pendarahan serius di kepala sehingga mengakibatkannya tidak sedarkan diri selama dua hari sebelum disahkan meningg4l dunia.

Sumber : Mstar Online

Komen

Be the first to comment on "Isteri sedang hamil, Kamal Chilok tak sempat tatap wajah anak sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*