Tahniah! Zara Zya Selamat Bertunang

Tahniah Zara & Hafreez.. Selamat menjalani alam pertunangan, semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Pelakon Zara Zya selamat melangsungkan pertunangan dengan aktor Hafreez Adam dalam sebuah majlis tertutup hari ini.

Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagram usahawan kosmetik terkenal, Alha Alfa.

“Tahniah. Yeay makeup done for my lovely @zarazya happynya tak lama dah! 

“Penyakit berjangkit lepas I. You pulak okey I happy gila-gila. 

“Selamat bertunang Zara! I doakan cepat-cepat ke jinjang pelamin,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Alha mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

Terdahulu, keluarga Hafreez datang merisik pada 8 September lalu.

Zara dan Hafreez mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Mona Lisa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : GEMPAK

 

 

Be the first to comment on "Tahniah! Zara Zya Selamat Bertunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*