Isu Hak Anak! Balu Arw4h Mejar Zahir Dedah Cerita Sebenar Apa Yang Berlaku..

“Tidak perlu saya dedahkan satu persatu, cukup saya beritahu saya perlu selesaikan urusan berkaitan arw4h terlebih dahulu.” 😱

SUNGAI PETANI: “Saya bukan seperti disangka, malah sama sekali tidak pernah lupakan anak dengan bekas isteri arw4h,” kata Nour Shafinar Harun, 31.

Balu Allahy4rham Mejar Mohd Zahir Armaya itu berkata, dia kesal dan terkilan apabila dituuduh meramp4s hak anak arw4h.

Menurutnya, disebabkan kenyataan berat sebelah, dia dikeeji seolah-olah dirinya menafikan hak anak arw4h dengan bekas isterinya.

“Saya dianggap membolot semua hasil wang sumbangan, sedangkan saya menerangkan perkara itu kepada pihak bekas isteri dan keluarga mentua sebelum ini.

“Ada sumbangan belum diterima, bagaimana saya dapat serahkan selain perlu menguruskan pelbagai hal perkara yang lebih penting.

“Sumbangan itu akan diberi hanya perlu bersabar, kenapa tergesa-gesa tambahan arw4h baru meningg4l dunia bulan lalu,” katanya di sini, semalam.

Katanya, di sebalik perkara ‘hasil’ dibincangkan, bukan semua orang tahu mengenai hu4ng-piutang arw4h yang perlu diselesaikan.

“Tidak perlu saya dedahkan satu persatu, cukup saya beritahu saya perlu selesaikan urusan berkaitan arw4h terlebih dahulu.

“Kenapa saya diasak seolah-olah saya mencuuri duit anak yatim, sedangkan wang sumbangan itu diamanahkan kepada saya dan keluarga,” katanya

Nour Shafinar berkata, ada sumbangan yang dimasukkan terus ke akaun anak termasuk anak bekas isteri tanpa melaluinya.

“Justeru, dia tidak perlukhuatir dan tidak timbul isu membolot harta anak yatim. Saya amat terguris dengan kenyataan dan komen luar terhadap saya tanpa tahu hal sebenar,” katanya.

Ditanya hubungannya dengan bekas isteri arw4h, Jamilah Ismail, 37, dan bapa mentua, AR Badul, Nour Syafinar berkata, dia tiada sebarang masalah dengan mereka.

“Saya tidak kecil hati meskipun kenyataan dikeluarkan seolah-olah memburukkan saya, mereka ada hak bersuara,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Harian Metro

 

Be the first to comment on "Isu Hak Anak! Balu Arw4h Mejar Zahir Dedah Cerita Sebenar Apa Yang Berlaku.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*