Tunku Azizah Akhirnya Kembali Dan lnilah Status Pertama Yang Ditulis Oleh Baginda

Akhirnya permaisuri kesayangan ramai kembali dan ini status pertama yg ditulis baginda ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

โ€œ Alhamdulillah pagi tadi (kelmarin) terserempak dengan Mishary Rashid, sewaktu menghantar Afzan n Ahmad balik London masuk U.

โ€œ Rasa amat bertuah dpt berjumpa dgn โ€˜the voiceโ€™. i was stopped by a group of Arabs, n what an honour!,โ€ itu status terbaru Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selepas hampir sebulan menyahaktif akaun Twitter baginda, baru-baru ini.

Status itu dimuat naik Ahad lalu di Twitter kemudian dikongsikan dalam Instagram baginda ketika terserempak dengan Shaikh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy seorang imam yang terkenal dengan suara merdu.

Tunku Azizah meluangkan masa beramah mesra dengan Shaikh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy dan baginda dilihat memainkan bacaan al-Quran Imam kelahiran Kuwait itu menerusi telefon bimbit.

Dalam pertemuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu, Tunku Azizah mengakui baginda terpesona dengan kemerduan suara imam terbabit sambil berdoa semoga Allah memelihara Shaikh Mishary Rashid.

Tunku Azizah turut memuatkan naik beberapa lagi status, antaranya menyertai majlis reunion Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim di Johor Bahru.

Sebelum ini, Tunku Azizah menyahaktifkan akaun Twitternya kerana terdapat segelintir netizen mengeluarkan komen negatif mengenai perkongsian baginda.

Namun, ada netizen sedih malah menyelar segelintir netizen lain yang mengeluarkan komen jelik disifatkan sebagai menghina institusi beraja dan meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera mengambil tindakan.

Beberapa hari selepas itu, Tunku Azizah mengaktifkan semula akaunnya dengan bertitah, keputusan itu (menyahaktif akaun Twitter) bukan disebabkan sedih dengan komen dibuat warganet, sebaliknya atas sebab-sebab peribadi.

โ€œ Tapi hari ini, saya sangat kecewa apabila pihak polis telah menangkap beberapa individu. Selama bertahun, Tuanku dan saya tidak pernah membuat laporan polis kerana kata-kata tidak baik mengenai kami. Ini negara bebas,โ€ katanya.

Bagaimanapun rata-rata reaksi yang diterima oleh netizen ternyata gembira dengan kemunculan semula Raja Permaisuri Agong itu di Twitter.

โ€ Alhamdulillah..Tuanku is back. Tuanku! Patik rindu dgn tweet tuanku! Tuanku apa kabar? Sihat??? Sronok beno ghase nye tuanku kembali active twitter..hahahahaโ€ฆ

โ€ Ooo yeahhhhhh.. Baru tadi cakap kat Tengku Afzan rasa rindu plak kat Tuanku Permaisuri Agong. Buka Twitter terus nampak tweet dari Tuanku Permaisuri Agong. Happy!โ€

โ€ Alhamdulillah. Tuanku kesayangan rakyat kembali menceriakan hari2 kami. Sheikh Misyari Rashid diberi anugerah Allah dgn suara dan alunan Quran yg sangat menyentuh hati masyarakat Islam..โ€

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

 

Be the first to comment on "Tunku Azizah Akhirnya Kembali Dan lnilah Status Pertama Yang Ditulis Oleh Baginda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*