Ayah hilangkan diri, mak tak balik balik, calon Upsr tak lalu makan Kfc sebab teringat adik lapar di rumah.

Semoga Di permudah kan Urusan adik Ini..Aamiin.. πŸ˜€πŸ˜€

Umum sedia maklum bahawa ketika ini sedang berjalannya peperiksaan bagi para pelajar tahun enam di sekolah rendah. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan peperiksaan besar pertama yang harus ditempuh sebelum ke sekolah menengah.

Namun begitu, bukan semua pelajar bernasib baik dapat melayani debaran peperiksaan itu dengan tenang di samping sokongan ahli keluarga. Menerusi perkongsian seorang pemuda yang dikenali sebagai Muhamad Khadir Abd Jalil, dia telah mendengar kisah seorang pelajar tahun 6 yang hidup dalam keadaan daif daripada temannya.

Berbulan tak pergi sekolah

Terpanggil untuk membantu, dia telah membawa pelajar tersebut dikenali sebagai Putri untuk menjamu selera di restoran makanan segera seusai pulang dari sekolah. Putri telah menceritakan serba sedikit mengenai dirinya serta kehidupannya sekeluarga kepada Khadir. Ternyata cabaran pelajar berusia 12 tahun ini sangat besar sehingga pemuda itu tidak dapat menahan sebak.

Nama adik Putri semalam dapat berita dari kawan Mahjur Salleh adik ini suda tiga bulan tidak hadir ke sekolah, sehari sebelum UPSR adik ni datang ke sekolah memberitahu kehidupan sebenarnya dan sebab tidak datang ke sekolah selama 3buan kepada Guru Besar sekolah.

Semalam juga saya sempat mengunjungi rumah adik ini dengan rakan-rakan yang lain. Rumah yang sangat usang kehidupan yang sangat daif adik ini terpaksa tempuhi, menjaga adik-beradiknya yang berumur 10 tahun, 3 tahun, 2 tahun sampaikan tidak dapat datang sekolah.

Mak ayah tinggalkan mereka adik-beradik

Adik ini memberitahu bapanya tinggalkan mereka. Mama nya pula ke KL bekerja suda berapa lama tidak ada khabar berita. Tadi kelihatan putri makan perlahan-lahan nampak macam tidak berselerah saya tanya putri kenyang ka? jawab putri bang putri ingat dekat adik-adik di rumah putri makan sedap-sedap tapi adik di rumah mungkin belum makan dari pagi.

Fuu hancur hati ku mendengar putri bercakap terpaksa pakai spek supaya tidak kelihatan mata masuk habuk. Banyak pesanan dan nasihat yang aku berikan buat adik putri mudahan bermanfaat buatnya, dan Kita menawarkan sepanjang UPSR berjalan kereta percuma ke hospital akan memberi perkhidmatan putri antar dan balik sekolah.

Tampil hulur bantuan

Oleh hal yang demikian, Khadir telah mengambil inisiatif dengan beberapa orang kenalan untuk menziarahi keluarga Putri dirumahnya dan menghulurkan sedikit bantuan. Mudahan usaha kecil ini boleh meringankan beban adik putri seketika ini. Kawan-kawan yang ingin me nghulurjan bantuan boleh terus ke rumah adik putri depan masjid pengeran galpam rumah kedua dari siring jalan bersebelahan warung makan. Derita mereka derita kita juga. Kata lelaki ini.

Kecil lagi dah pikul tanggungjawab besar

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalakan komen dengan menzahirkan rasa simpati terhadap kanak-kanak tersebut. Mereka juga memuji tindakan yang diambil oleh Khadir yang secara sukarela membantu meringankan beban Putri dan adik-adiknya yang masih kecil. Sumber : Padaedi Sandakan

 

Be the first to comment on "Ayah hilangkan diri, mak tak balik balik, calon Upsr tak lalu makan Kfc sebab teringat adik lapar di rumah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*