Kisah Rashid Hussain, pengasas bank RHB yang mew4kafkan masjid bernilai jutaan ringgit demi akhira4t

 

MasyaAllah. SubhanAllah. Semoga Allah menerima niat baik beliau dan mengalirkan semua pahala orang datang beribadat pada beliau. Aminnn.. 🤲🤲🙂

Kalau di ikutkan di Malaysia ini sebenarnya ramai jutawan yang berhati pemurah, cuma kita sahaja yang kurang kenal kerana ada diantara mereka tidak suka menghebahkan kebaikkan yang dilakukan.

Seperti kisah pengasas bank terkemuka, RHB iaitu Tan Sri Abdul Rashid Hussain, mungkin ramai tidak tahu bahawa beliau sebenarnya sudah mendirikan tiga buah masjid yang bernilai jutaan ringgit.

Kisahnya telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, bernama Farhan Che Hassan, sedikit sebanyak mendedahkan siapakah sebenarnya Tan Sri Abdul Rashid.

Baru-baru ini, Masjid Sri Sendayan yang baru siap dibina telah dibuka semalam untuk kegunaan orang ramai, jika nak tahu masjid itu dibina hasil wakaf daripada Tan Sri Abdul Rasyid sendiri.

Jika menyelusuri ke dalam masjid tersebut, dapat kita lihat keindahan seni bina Islam Turki. Tidak dinafikan, masjid itu dibina dengan begitu cantik sekali.

Dua lagi masjid yang dibina beliau adalah Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi. Kemudian, beliau mendirikan pula Masjid Hussain 2 di Seremban dengan kos RM22.6 juta.

Malah, ada yang mengatakan Tan Sri Abdul Rasyid ada membuat satu ruangan khas, dimana beliau ada berniat mahu dikembumikan di dalam masjid tersebut.

“Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebatAllah yang menggerakkan hati hambaNya…”

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan turut terinspirasi dengan sikap mulia yang ada pada diri pengasan bank terkenal itu.

Sebagai rekod, Tan Sri Rashid antara yang berjaya di Malaysia kerana apabila dalam tempoh kurang daripada satu dekad, beliau berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan.

Sikap yang seperti inilah yang harus kita contohi, tidak menunjuk-nunjuk sendiri akan kebaikan yang dilakukan, kerana dia tahu hanya Allah yang layak menilainya.

Sumber : Farhan Che Hassan

 

Be the first to comment on "Kisah Rashid Hussain, pengasas bank RHB yang mew4kafkan masjid bernilai jutaan ringgit demi akhira4t"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*