Ibu tak dapat pergi, suruh pilih nama orang yang betul2 boleh solat. Wany Hasrita ‘belanja’ Amira Othman pergi haji

Ibu tak dapat pergi, suruh pilih nama orang yang betul2 boleh solat. Wany Hasrita ‘belanja’ Amira Othman pergi haji

Patut lah..Ramai persoalkan

Penyanyi Wany Hasrita memohon maaf kepada semua kenalan setelah berpeluang ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji semalam.

Menerusi laman Instagram, penyanyi lagu Terlalu Memuja itu memuat naik beberapa keping gambar sebelum berangkat menjadi tetamu Allah.

“Wany nak minta maaf semua salah silap Wany, ada terkasar bahasa, terlepas pandang, terguris hati. Minta maaf banyak2.

Doakan Wany selamat pergi & balik dan dipermudahkan semua urusan. InsyaAllah,” tulisnya.

Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah turut mengerjakan rukun Islam kelima itu bersama penyanyi, Amira Othman.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, dia sedih apabila hasrat bagi membawa ibunya Norita Jaafar tidak kesampaian kerana masalah wanita.

“Jadi ibu cadangkan untuk pergi dengan orang yang betul-betul boleh solat. Tak tahu kenapa, nama Amira Othman muncul dalam fikiran. Mungkin rezeki dia.” katanya.

“Memang betul2 ajaib cerita kami ke haji ni tapi semua Allah atur. Saya mohon doa untuk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendapat haji yang mabrur.

“Mohon doa kami selamat pergi & selamat pulang. InsyaAllah,” kata Amira pula.

Terdahulu, Wany mendapat jemputan istimewa daripada kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji dan menyambut Aidiladha di sana.

Sumber : Wany Hasrita , Amira Othman , mStar Online

 

Be the first to comment on "Ibu tak dapat pergi, suruh pilih nama orang yang betul2 boleh solat. Wany Hasrita ‘belanja’ Amira Othman pergi haji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*