(Vide0) Buat Eksperimen Di Kelas, Tapi Reaksi Maisarah Si Anak Comel Ini Cvri Tumpuan Ramai!

Alahai comelnya adikni, dia punya ‘aikkk’ tu so cute lah😍

Setiap kanak-kanak ada kelebihan mereka sendiri. Biarpun usia mereka masih mentah namun sifat suci mereka kadang-kadang boleh mencuit hati.

Sama seperti adik Maisarah ini yang gelagat comelnya sering mencuri tumpuan orang ramai. Dia pernah tular kerana aksinya ketika bermain hula hoop sangat comel dan mencuit hati.

Tapi kali ini gurunya berkongsikan satu lagi rakaman ketika mengadakan satu eksperimen di sekolah.

Menurut gurunya, Fazri Hassan eksperimen tersebut dilakukan mereka sempena Minggu Sains Negara.

Dalam rakaman berdurasi 45 saat itu kelihatan di hadapan Maisarah ada dua bekas berisi air yang satu berisi telur yang tenggelam di dalam air jernih dan satu lagi bekas air yang nampaknya sedikit keruh.

Maisarah diminta mengambil telur itu dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air keruh itu dan kelihatan telur itu timbul.

Namun reaksi Maisarah yang pelik dengan eksperimen itu mencuri perhatian netizen.

Jom lihat gelagat Maisarah dalam rakaman berikut:

Video yang dikongsikan oleh Cikgu Fazri Hassan ini raih 288,400 tontonan sejak dimuat naik di laman Twitternya semalam.

Malah lebih dari 28,000 retweets dan 24,500 tanda suka dari netizen.

Rata-rata netizen ramai yang geram dengan gelagat adik Maisarah yang comel ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

 

Sumber: Fazri Hassan via HCL via lepatpisang

Artikel berkaitan

[VIDEO] Gelagat Comel Kanak-Kanak Autisme Lumba Lari Dalam Kejohanan MSSD Sekolah

Kanak-kanak autisme kebiasaannya lambat bertutur jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Kanak-kanak autisme mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Menerusi Twitter Fazri Hassan, menunjukkan video telatah kanak-kanak autisme bernama Maisarah yang sungguh comel sehingga menarik perhatian netizen. Klip video itu memaparkan gelagat menghiburkan Maisarah di Kejohanan Olahraga Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) MSSD Sandakan.

Sumber: Fazri Hassan

Via:ohbulan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Be the first to comment on "(Vide0) Buat Eksperimen Di Kelas, Tapi Reaksi Maisarah Si Anak Comel Ini Cvri Tumpuan Ramai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*