Tahniah! Adira Suhaimi Timang Cahaya Mata Ketiga

Tahniah! Adira Suhaimi Timang Cahaya Mata Ketiga

Penyanyi Adira Suhaimi telah selamat melahirkan bayi perempuan.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan nama Datuk Red menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.

“Alhamdulillah aku sujud syukur kepada Mu ya Allah. Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta,” tulisnya.

Adira telah menjalani pembedahan Caesarean atau LSCS untuk kelahiran anak ketiganya.

Adira dan Datuk Red telah berkahwin pada 3 Disember 2015 dan sudah dikurniakan cahaya mata sebelum ini, Anggerik pada 10 Mac 2017 dan Asan pada 9 September 2018.

“Ya Allah, Jika di takdirkan aku pergi dulu mngadap Mu”- Ini Doa Datuk Red Buat Dua Isterinya, Datin Syafila & Adira Buat Netizen Sebak

Memiliki dua atau lebih isteri bukanlah sesuatu yang mudah andai si suami tidak boleh berlaku adil dan berkemampuan.

Mana tidaknya, dalam hal sebegini mereka perlu menjaga hati banyak pihak baik dari segi masa, kewangan dan layanan yang sama rata.

Namun, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim disapa sebagai Datuk Red cuba memberikan yang terbaik buat dua isteri.

Malah, dia juga sentiasa mendoakan buat kedua -dua isterinya iaitu  Datin Syarifah Nor Syafila dan penyanyi, Datin Adira.

“Ya Allah kau lindungi la mereka sebagaimana mereka melindungi aku ya Allah.jaga la mereka semoga mereka terus istiqomah terhadap mu ya Allah.

“Jika di takdirkan aku pergi dulu mngadap Mu.pelihara la mereka supaya kami bertemu di syurga Mu ya Allah,” tulisnya sambil disertakan foto kedua isterinya.

Sumber: gempak

 

Be the first to comment on "Tahniah! Adira Suhaimi Timang Cahaya Mata Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*