“Moga Dapat Haji Mabrur” – Bakal Buat Haji Kedua Bulan Depan, Koleksi Foto Terkini Neelofa Semakin Berseri

“Moga Dapat Haji Mabrur” – Bakal Buat Haji Kali Kedua Bulan Depan, Koleksi Foto Terkini Neelofa Semakin Berseri.. 😍

Murah rezeki dia!

Pelakon, Datin Seri Umie Aida ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya.

Bintang filem Dukun itu ada berkongsi beberapa keping foto sekitar menghadiri majlis tahlil serta doa selamat anjuran hos MeleTOP itu.

“Majlis tahlil & doa selamat. Terima kasih atas jemputan @neelofa. semoga mendapat haji yang mabrur. Aamiin,” tulisnya ringkas.

Menerusi foto yang dikongsikn, turut hadir termasuklah rakan artis dan sahabat handai.

Terdahulu, Neelofa ada berkongsi rasa teruja bersempena dengan panggilan haji yang bakal ditunaikannya, 4 Ogos depan.

Ia merupakan ibadah haji kedua yang ditunaikan usahawan berjaya itu.

“Saya teruja untuk menunaikan ibadah haji tahun ini sebab saya punya lebih banyak masa untuk ke lokasi lainnya seperti Madinah dan sebagainya.

Banyak baca buku

“Dari segi persiapan pula, semua dah lengkap dan sekarang ini saya sedang banyak baca buku.

“Malah, ada ustaz yang datang ke rumah untuk memberi pencerrahan kepada adik-adik saya yang belum pernah lagi pergi ke tanah suci,” kongsi Neelofa yang turut berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Sumber : Instagram Datin Seri Umie Aida

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Moga Dapat Haji Mabrur” – Bakal Buat Haji Kedua Bulan Depan, Koleksi Foto Terkini Neelofa Semakin Berseri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*