Kesian Tengah ‘Pening-Pening Lalat’, Pensyarah Terpaksa Bawa Kucing Waktu Mengajar

[VIDEO] Besarnya kucing tu! Comel pula tu. Macam mana nak fokus dalam kelas? 😻😻

Kucing, antara haiwan yang penuh dengan ragam

Kucing adalah haiwan yang cukup comel. Telatahnya yang nakal dan manja mampu mencuit hati sesiapa sahaja terutamanya penggemar haiwan tersebut.

Ada di antara penggemar kucing yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit setiap bulan semata-mata mahu memastikan mereka sentiasa dalam keadaan sihat dan mendapat penjagaan yang paling optimum.

Demi memastikan haiwan comel itu sentiasa dalam keadaan sihat, ia perlu diberi dengan makanan yang berkhasiat, selain rutin penjagaan kesihatan seperti suntikan vaksin secara berkala bagi memastikannya tidak dijangkiti penyakit berbahaya.

Baru-baru ini viral di laman Twitter apabila seekor kucing terpaksa dikendong tuannya hingga ke tempat kerja kerana kucing itu sedang dalam keadaan ‘pening-pening lalat’

Kucing itu yang bernama Baby sebenarnya baru dibawa berjumpa dengan veterinar. Selepas menerima rawatan di klinik haiwan dan memikirkan keadaan kucing itu yang tidak seperti biasa, tuannya yang merupakan seorang pensyarah dalam bidang Statistik di Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa membawanya bersama sehingga ke dalam kelas.

Rakaman tersebut telah dirakam dan dikongsikan oleh salah seorang pelajar di kelas itu menerusi laman Twitter.

شاكره
@ummisykrh_
Guys tengoklah lecturer statistics aku nii 😭😭😭😭😭 cute ja wehhhh she bring her cat to the class 😻 dia cakap dia terpaksa bawak sbb kucing dia bru lepas pergi vet and still pening2 lalat hahahaha

Disebabkan tularnya video tersebut, ramai yang teruja bukan sahaja dengan kecomelan Baby bahkan dengan telatahnya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber : @IslamikInfoMedia

Be the first to comment on "Kesian Tengah ‘Pening-Pening Lalat’, Pensyarah Terpaksa Bawa Kucing Waktu Mengajar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*