Subhanallah, Dari Dulu Masih Kekal Bertudung. Bekas Permaisuri Agong Selesa ‘Menyamar’ Diri Dalam Kalangan Rakyat Jelata.

Pernah bergelar Raja Permaisuri Agong, Selesa ‘Menyamar’ Diri Dalam Kalangan Rakyat Jelata, wanita ini kini betah menjalani kehidupan sebagai seorang wanita “single” yang berdikari 😱

Merentas jangka masa 15 tahun, kini Permaisuri Siti Aishah Abdul Rahman selesa “menyamar” diri dalam kalangan rakyat jelata.

Pernah bergelar Raja Permaisuri Agong, wanita itu kini betah menjalani kehidupan sebagai seorang wanita “single” yang berdikari, jauh daripada teduhan payung kuning dan kawalan pagar istana, lapor Bernama.

Permaisuri Siti Aishah, 45, tidak segan memberitahu wartawan beliau memandu kereta sendiri ke majlis perasmian Projek Wakaf Telekung Siti Aishah di sebuah hotel di sini pada 26 Mei lepas.“Hari ini saya datang sini saya ‘drive’ sendiri. Saya jadi ‘driver’ pula kepada ibu saya,” katanya.Permaisuri Siti Aishah ialah wanita termuda pernah diangkat sebagai Permaisuri Agong iaitu pada usia 28 tahun pada 26 April 1999.

Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 2001 itu turut memecah tradisi sebagai Permaisuri Agong pertama membawa imej bertudung.Sebelum ini baginda menjadi penghias muka depan bagi majalah Wanita Edisi Julai 2013 dan Majalah Nona Edisi Khas Aidilfitri Ogos 2013.

Di bawah ini adalah beberapa keping gambar penampilan dan kemunculan terbaru Mantan Raja Permaisuri Agong, Yang Amat Mulia Permaisuri Datuk Amar Hajah Siti Aishah Binti Abdul Rahman pada 26 Mei 2016.Baginda yang berangkat untuk merasmikan Projek Telekung Siti Aishah yang baginda bertindak sebagai penaung. Permaisuri Siti Aishah yang kini berusia 45 tahun kelihatan ceria dan bersemangat dalam menjalankan aktiviti kebajikan.

Mengimbas kenangan bersama Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, khususnya pada bulan puasa, Permaisuri Siti Aishah menceritakan biasanya beliau dan almarhum akan berada di istana di Morib.Pasangan diraja itu mengimarahkan Ramadan dengan bersolat tarawih di masjid berlainan di sekitar Morib pada setiap malam, sebagai satu cara untuk berjumpa dan bermesra bersama rakyat.

“Dan Almarhum juga akan buat rumah terbuka di Morib semasa hari raya. Baginda suka di situ kerana ada zoo mini.“Kami selalu pergi melihat haiwan yang almarhum pelihara seperti rusa, kura-kura, burung Flamingo, kangaroo, kambing dan banyak lagi,” katanya.

“Yang saya paling rindu tentulah sikap baginda yang suka menyakat orang,” katanya.

Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah dilahirkan pada 18 November 1971 dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA, kampus Kota Bharu, Kelantan dalam bidang perbankan.

Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman

Raja Permaisuri Agong ke-XI

26 April 1999 – 21 November 2001

Pertabalan 23 September 1999 Negeri Selangor

Pendahulu Tunku Najihah

Pengganti Tengku Fauziah

Tengku Permaisuri Selangor

24 Oktober 1998 – 25 April 1999

Pertabalan 24 Oktober 1998

Pendahulu Tengku Ampuan Rahimah

Pengganti -Tengku Permaisuri Norashikin Binti Abd Rahman Kahwini Sultan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Dilahirkan 18 November 1971 (umur 46) Kuala Lumpur

Dengan kehendak Allah yang menentukan jodoh pertemuan, maka pada 3 Mei 1990, baginda telah dipertemukan jodoh dengan DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

Pada 20 Jun 1994, baginda telah dikurniakan Bintang Kebesaran Negeri Sarawak. Sempena sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Yang Ke-70 pada 8 Mac 1996, baginda telah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) oleh DYMM Sultan Selangor.

Seri Paduka Baginda Tuanku juga merupakan penaung kepada Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Selangor, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Selangor, BALKIS Negeri Selangor, Persatuan Pandu Puteri Negeri Selangor, Persatuan Jantung Hatiku dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Baginda memanfaatkan masa lapangnya dengan membaca buku, memasak dan bermain golf. Selain daripada itu, baginda juga gemar memandu kereta dan mengumpul buku-buku. Jika ada masa dan kesempatan baginda suka melancong ke luar negeri bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber : FMT Via Mycomel

 

Be the first to comment on "Subhanallah, Dari Dulu Masih Kekal Bertudung. Bekas Permaisuri Agong Selesa ‘Menyamar’ Diri Dalam Kalangan Rakyat Jelata."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*