“Kita Dah Sampai Mana, Sampai Ke Jannah” – Sufian Suhaimi Temui Cinta Hati?

Wah Pian, cantik betul. Bila nak makan nasi minyak ni 😍

“Ku tulis nama mu di langit, angin meniupnya. Ku tulis nama mu di laut, badai membawanya. Ku tuliskan nama mu di hatiku, cinta namanya”. Lain macam bunyi syair ini, macam sesuatu je. Macam sweet macam sesuai je Sufian dengan model cantik ini Ayra. Sebelum ini, melalui entri terbaru sufian dalam instagram miliknya dia sedang menghadiri sesi bertemu peminat bersama Founder produk Ainaa di majlis perlancaran AINAA di Brunei.

Tak sangka sufian dan ayra pergi ke brunei bersama. Alahai serasi pulak min tengok Sufian dengan Ayra ini. Ayra pun cantik Sufian pun handsome. Rata rata netizen pun menyatakan Sama padan dan sweet bersama. Sufian terjatuh cinta ke? adakah syair kat atas itu Di tulis Sufian Suhaimi?

Amboi pian, semoga hubungan sufian dan Ayra kekal hingga ke jannah.

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah selesai sudah event @nsabeautyofficial Brunei di Yayasan Complex, Bandar Seri Begawan. Selepas berakhirnya event di situ, kamj kemudiannya bertolak ke Hotel Bad’iah untuk check in. Selepas mandi dan bersiap2, kami kemudiannya menuju ke butik @alrezkhanz.co untuk majlis ramah mesra & makan malam bersama @sufiansuhaimi_ @hafizmahamad @syafiqahaina @zuraposdzi . Ada juga influencer Brunei turut serta dalam majlis tersebut. Yeay, selesai hari pertama. Alhamdulillah syukur. Sekarang beritahu abang Aqo kat mana nak dapatkan Ambuyat? Hihi . #NSAdiBrunei #AqoPiBrunei #TravelogAqo

A post shared by AQO IMRAN © (@aqoimran) on

Cantiknya Ayra

Cantik pulak min tengok Ayra ini, Sebelum ini Sufian Suhaimi pernah di gosipkan dengan Ayra ini semasa muzik video dimatamu. Jom kita baca kisah di bawah

Gadis viral yang dikaitkan dengan Sufian Suhaimi, Ayra Messi menjelaskan tiada hubungan istimewa antara mereka berdua.

Menerusi foto Sufian dan Ayra yang tular di media sosial sejak awal minggu ini, gadis kelahiran Ipoh, Perak itu tidak menyangka sama sekali namanya menjadi sebu tan.

“Jujur saya katakan, kami cuma berkawan rapat. Itu pun sebab saya berlakon dalam muzik video Dimata Mu enam bulan lepas.

“Kami berjumpa di Johor baru-baru ini dan teruja sebab sudah lama tak bertemu. Jadi ambil gambar saja-saja.”Tak sangka pula gambar itu tersebar dan viral. Timbul pula macam-macam gosip pasal saya dan Sufian.

“Ada yang cakap Alhamdulillah Nobita dah jumpa Shizuka. Sampai hati…”Apapun, bagi saya, Sufian seorang lelaki yang profesional dan sangat baik. Saya suka cara dia melayan orang sekeliling terutama ketika bekerja,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Ayra atau nama sebenarnya Nur Shakira Shah Kirit, 21, terkilan apabila netizen mula membanding-bandingkannya dengan bekas tunangan Sufian, Elfira Loy.

“Tidak eloklah kalau nak banding-bandingkan saya dengan Elfira. Lagipun, kami tiada apa-apa hubungan.

“Saya pun rapat dengan adik Elfira, Ezlisa Loy dan situasi akan jadi lain kalau netizen laga-lagakan kami.

“Sampai ada yang tag nama Elfira di IG dan macam-maca lagi. Daripada tak ada isu, timbul pula isu baru,” tambahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber : Ig aqoimran/ sufiansuhaimi via WorldWide

Be the first to comment on "“Kita Dah Sampai Mana, Sampai Ke Jannah” – Sufian Suhaimi Temui Cinta Hati?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*