“Saya Tak Pernah Menyepi & Sentiasa Ada Bila…” – Ramai Tak Sangka Ini Penampilan Terkini Mamat Exist

“Saya Tak Pernah Menyepi & Sentiasa Ada Bila…” – Ramai Tak Sangka Ini Penampilan Terkini Mamat Exist

Bezanya

Penyanyi Mamat Exist mengakui kesal apabila ada pihak yang mendakwwa dirinya seperti tenggeIam timbul dalam industri hiburan tanah air.

Menurut Mamat, sehingga kini dia masih menerima tawaran nyanyian dan undangan bagi mengadakan persembahan.

“Sedih apabila orang kata perjalanan karier saya tenggelam timbul, sebenarnya ia bukan macam tu.

“Perjalanan seni saya mungkin ada masa orang tak nampak, namun sebenarnya saya masih menyanyi apabila menerima tawaran untuk mengadakan persembahan.

“Sejujurnya, saya tak pernah menyepi dan sentiasa ada sahaja bila orang panggil mengadakan persembahan. Saya cuma tidak mendapat publisiti kerana saya tiada apa untuk dikongsikan,” katanya kepada Gempak.

Mamat berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Exists Reunion, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Konsert Exists Reunion ini buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalist iaitu Mamat dan Ezad.

Konsert Exists Reunion bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019 dan Mes Theatre at Media Corp, Singapura pada 5 Oktober ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket Konsert Exists Reunion ini boleh melayari laman web www.mytiket.asia.

Tiket akan dijual pada harga RM 700, RM360, RM260, RM160 dan RM130.

Sumber : Astrogmpak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Saya Tak Pernah Menyepi & Sentiasa Ada Bila…” – Ramai Tak Sangka Ini Penampilan Terkini Mamat Exist"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*