“Tiket pergi ada, tiket pulang mungkin tak ada” Mulianya Impian Heliza Helmi Bantu Umat Islam

Ada yang pergi beri bantuan tapi tak kembali , dah tentu Allah bagi syurga untuk dorang

Pengalaman menyertai misi kemanusian memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila berhadapan dengan pelbagai r1siko terutama melibatkan ny4wa.

Itu yang terjadi kepada penyanyi dan pengacara, Nur Heliza Helmi ketika berk0ngsi pengalaman sebagai sukarelawan menerusi satu program bual bicara di sebuah televisyen baru-baru ini.

Menurut penyanyi berusia 33 tahun itu, dia mengakui peluang untuk kembali ke tanah air dalam keadaan berny4wa adalah sangat tipis apabila setiap kali pergi membantu m4ngsa-m4ngsa di sana.

VIDEO:

“Setiap kali pergi misi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami berhadapan dengan ny4wa di hujung tanduk.

“Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada. Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat tetapi kami kami tiada pilihan. Kami hanya berselawat ketika ingin keluar,” katanya.

Bukan itu sahaja, dia yang aktif melibatkan diri membantu m4ngsa per4ng di Syria itu juga pernah berhadapan situasi cem4s apabila selaras sen4pang berada di bawah dagu.

“Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan m4ti sy4hid malah saya pernah berhadapan dengan selaras sen4pang yang berada di bawah dagu.

“Saya berdoa ya Allah ambillah nyaw4ku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau reda dan diredai,” ujarnya.

Sumber : Instagram Heliza Helmi via omm

Artikel berkaitan. Heliza masih belum berkahwin. Heliza Helmi menafikan dirinya sudah berkahwin serta semakin sibuk dengan pelbagai agenda harian yang perlu dipenuhinya.

MENERUSI ruangan pojok sebuah akhbar mingguan, nama penyanyi dan pengacara, Heliza Helmi tiba-tiba menjadi bualan apabila wanita berusia 32 tahun itu dikatakan telah mendirikan rumah tangga secara senyap.

Menurut ruangan tersebut, alumni Akademi Fantasia musim kelima itu didakwa enggan menghebahkan tentang perkahwinannya kerana mahu menjaga reputasi suaminya.

Dalam pada itu, perubahan fizikal pada wajah Heliza yang kini kelihatan sedikit tembam sejak kebelakangan ini juga menjadi penguat teori ruangan pojok tersebut.

Untuk mendapatkan kepastian, Kosmo! menghubungi Heliza yang kini cukup aktif melibatkan diri dengan program-program agama dan kemanusiaan. Berpeluang berbicara dengannya, pengacara rancangan SIS itu menafikan khabar angin yang mengatakan dia kini telah bergelar isteri orang.

Tutur Heliza, dia masih lagi berstatus solo dan perubahan saiz tubuh yang berlaku adalah disebabkan rutin makannya yang tidak menentu.

KOSMO!: Benarkah dakwaan yang mengatakan Heliza kini telah berkahwin dan memilih untuk merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ramai?

HELIZA: Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Saya masih belum berkahwin. Saya sendiri hairan bagaimana kisah sedemikian boleh timbul kerana ia tidak berasas sama sekali.

Apakah k0men anda apabila perubahan bentuk wajah dan tubuh yang makin berisi dikaitkan dengan khabar angin berkenaan? Sebenarnya, saya memang mahu menaikkan berat badan. Maklumlah, dulu tubuh saya sangat kurus. Jadi, saya memang punya sasaran menaikkan berat badan untuk kelihatan lebih berisi.

Dalam masa sama, jadual kerjaya yang padat juga turut menyumbang kepada pola pemakanan kurang seimbang sehingga menyebabkan saya kerap makan lewat malam. Anda terlibat dengan aktiviti apa sehingga jadual terlalu padat?

Banyak yang saya kerjakan sejak kebelakangan ini. Selain menerima undangan untuk mengacarakan majlis, menyanyi, mengumpul dana untuk tabung bantuan Syria dan menghadiri usrah, saya juga turut terlibat dengan ceramah agama di seluruh negara.

Kemudian, saya turut mengambil inisiatif untuk membantu pesakit jantung dengan menjual tudung di bawah jenama Heliza Guzel Hive. Jadual anda kelihatan sangat padat. Bagaimanakah anda meluangkan masa untuk diri sendiri?

Sejujurnya, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk berehat. Bagi saya, bercuti bukanlah satu keutamaan. Cara saya ‘merehatkan’ diri dan jiwa adalah dengan pergi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, tidak kira dalam dan luar negara.

Terbaharu, sekitar tahun lalu, saya sendiri ke Bangladesh untuk memberi bantuan perubatan kepada masyarakat Rohingya. Melalui pengalaman itu, kita dengan sendirinya akan berasa lebih bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah kepada negara kita. Walaupun penat, anda tetap memenuhi pelbagai jemputan. Mengapakah anda memilih untuk berbuat demikian?

Sebagai seorang Muslimah, saya berasa bertanggungjawab untuk melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kebaikan kepada orang lain. Disebabkan itu, saya sentiasa berdoa agar Allah memberikan saya kekuatan dan pertolongan untuk menggunakan ny4wa yang dipinjamkan ini ke arah kebaikan.

Heliza, bolehkah anda memberikan pandangan mengenai kebanyakan artis pada masa kini yang dilihat seperti menunggang agama untuk menghalalkan sebarang tindakan dan kehendak mereka?

Sejujurnya, saya tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai perkara ini. Namun, bercakap sebagai mewakili diri sendiri, kita kadang-kadang pun pernah tergelincir daripada landasan. Justeru, kita sama-sama sentiasa bermuhasabah dan sentiasa ikhlaskan diri dalam segala hal.

Bagaimanakah pula dengan tabiat pengguna laman sosi4l yang secara beraninya mengutuk dan menjatuhkan hukum terhadap orang lain? Sebagai seorang manusia, sentiasalah ingat kepada Allah setiap kali ingin melakukan sesuatu.

Jika kita mahu memuat naik sesuatu, fikirkan, sama ada Allah akan suka atau murka. Bukan tidak boleh menegur, tetapi tegurlah dengan lembut dan penuh hikmah. Insya-Allah, kita akan dapat kurangkan perdebatan di media sosi4l.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: kosmo / cokelatputih.com

 

Be the first to comment on "“Tiket pergi ada, tiket pulang mungkin tak ada” Mulianya Impian Heliza Helmi Bantu Umat Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*