(Video) ‘Hat Ni Baru Betul Legend’ – Mikrofon Tiba-tiba Senyap, Lihat Reaksi Mengejutkan Tokti Bila Isu Teknikal Berlaku Atas Pentas

Mikrofon Tiba-tiba Senyap, Lihat Reaksi Mengejutkan Tokti Bila Isu Teknikal Berlaku Atas Pentas

Penyanyi kesayangan negara Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat menjayakan konsert amal bersama Orkestra Tradisional Malaysia, sempena Festival Balik Pulau di Pulau Pinang semalam.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata konsert yang diadakan bersempena Festival Balik Pulau 2019 itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu penggiat-penggiat seni yang berada dalam kesusahan.

Menurutnya, jumlah kutipan yang diperoleh daripada hasil jualan tiket dan penaja itu akan disalurkan kepada Tabung Amanah MOTAC untuk membantu golongan artis yang memerlukan.

“Saya belum dapat jumlah yang tepat namun kutipan hari ini mencecah antarai RM50,000 hingga RM80,000. Kita sasarkan untuk membantu seramai 10 orang penggiat seni yang dalam kesusahan.

“Kita akan mengadakan satu sesi pertemuan dengan artis-artis yang akan dibantu. Kita akan beri sumbangan dalam bentuk wang ringgit, terserah kepada mereka untuk menggunakan bagi kegunaan harian, biaya kos perubatan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas konsert itu.

Apa yang menarik perhatian adalah ketika mempersembahkan salah satu lagu tradisional popularnya, Nirmala, satu kejadian tidak terduga berlaku, namun berjaya ditangani Siti dengan bergaya.

Mikrofon tak berfungsi

Ketika di awal nyanyian, mikrofon langsung tidak berfungsi namun Siti dengan tenang tetap meneruskan nyanyian walaupun suara tidak kedengaran. Penonton bagaimanapun masih memberi sokongan dengan bersorak untuk penyanyi nombor satu.

Meskipun hampir seminit masalah teknikal berlaku, senyuman masih tidak lekang di bibir ibu Siti Aafiyah itu. Hadirin selain bersorak, mereka turut menyanyi bersama lagu ciptaan Pak Ngah itu.

Akhirnya, setelah menanti sekian lama, staf teknikal dilihat tampil dengan mikrofon gantian dan disambut Siti dengan senyuman lalu meneruskan nyanyian bagaikan tiada apa yang berlaku.

Dalam konsert itu, Siti Nurhaliza diiringi Orkestra Tradisional Malaysia yang dikendalikan oleh konduktor orkestra, Mohd Yazid Zakaria dengan menyampaikan empat buah lagu.

Konsert itu turut diserikan dengan persembahan tiga artis tempatan iaitu Asmidar, Rojer dan Arif.

Video penuh :

Muhammad Bakhtiar berkata penggiat seni yang dalam kesusahan wajar dibantu kerana jasa mereka dalam bidang seni perlu dihargai walaupun mereka sudah tidak aktif akibat dimamah usia atau ditimpa kesusahan.

Beliau berkata pihaknya berterima kasih kepada semua penaja yang telah membantu menjayakan konsert tersebut termasuk Siti Nurhaliza yang bermurah hati memberikan semula separuh daripada wang bayarannya untuk disalurkan ke dalam tabung berkenaan.

Sementara itu, Siti Nurhaliza berkata beliau mengimpikan untuk mengadakan Konsert Lentera Timur buat kali kedua sekiranya diberikan kesempatan dan berharap impian itu dapat direalisasikan pada tahun depan sekiranya diberikan kesempatan.

Konsert Lentera Timur buat julung kalinya diadakan di Istana Budaya pada tahun 2013. Konsert itu diadakan selama empat malam berturut-turut yang diserikan dengan 30 buah lagu.

Sumber dari CelotehSaje

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "(Video) ‘Hat Ni Baru Betul Legend’ – Mikrofon Tiba-tiba Senyap, Lihat Reaksi Mengejutkan Tokti Bila Isu Teknikal Berlaku Atas Pentas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*