Hafiz Dikatakan S4kit Kerana Terlalu Kurus Sekarang, Ini Sebabnya

Macam tak percaya jaaa..

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip, tidak melatah dengan pandangan umum, susulan penampilan terbarunya yang semakin cengkung hingga mencetuskan pelbagai andaian.

Hafiz berkata, tubuhnya semakin kurus bukan disebabkan masalah kesihatan atau berdepan gangguan ilmu hitam, sebaliknya kerana mahu kelihatan lebih segak apabila tampil di skrin televisyen.

“Saya kurus bukan kerana masalah kesihatan, apatah lagi dikaitkan dengan ilmu hitam kerana saya mempunyai alasan tersendiri untuk tampil demikian.

“Sebagai penghibur, saya perlu menitikberatkan penampilan dan mengekalkan bentuk tubuh supaya sedap mata memandang apabila beraksi di kaca televisyen.

“Kadang kala, saya tidak dapat mentafsir apa sebenarnya yang dimahukan masyarakat kerana ada sahaja yang mereka tidak berpuas hati.

“Kurus salah, gemuk pun susah dan akhirnya, saya memilih untuk tidak ambil pusing kata-kata orang lagi. Apa yang penting, ia bukan kerana masalah kesihatan atau ilmu hitam,” katanya.

Selepas lama tidak membuat perkongsian di media sosial, penampilan terbaru Hafiz yang semakin kurus bersama keterangan gambar yang mencetuskan tanda tanya di Instagram mengundang pelbagai reaksi.

Tidak hanya peminat, rakan selebriti turut meluahkan kerisauan mereka melihat susuk tubuhnya yang susut, selain kulitnya yang semakin gelap.

Video :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Meet my new hair dresser cik mon..serious korang boleh book dia untuk shows or event…highly recommended 🤣

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Penyanyi yang sedang popular dengan single terbaru, Lagu Cinta Kita itu berkata, jika tidak terikat dengan jadual promosi dan persembahannya, masanya kini terisi dengan aktiviti memancing.

“Setiap individu mempunyai minat dan hobi tersendiri. Bagi saya, memancing memberikan kepuasan, malah apabila berjauhan dengan keluarga, ia membangkitkan rindu yang membuat hubungan kami semakin erat.

“Mungkin kedengaran klise bagi sesetengah pihak, tetapi hobi ini banyak mengajar saya supaya lebih sabar. Selain itu, saya juga dapat meneroka banyak tempat menarik dalam negara,” kata Hafiz.

Sumber hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Hafiz Dikatakan S4kit Kerana Terlalu Kurus Sekarang, Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*