Air Mata A. Aida Akhirnya Gugur Lagi Kerana Insan Tersayang, “Dia Berhak Memilih Yang Terbaik”

“Hari yang ‘menyedihkan’ itu akhirnya tiba juga..” – A. Aida

Berdepan dengan kisah rumah tangga yang berakhir dengan kegagalan, Datuk A. Aida tidak seakan tidak terlalu terkesan memandangkan beliau sentiasa ditemani anak-anak yang sering menjadi penyeri hidupnya.

Pun begitu, seorang anak gadis A. Aida iaitu Wan Azevanatassha mungkin tidak lagi dapat menemani ibunya sepanjang masa kerana bakal melanjutkan pelajaran di Uitm Melaka. A. Aida dilihat begitu sayu mahu melepaskan anaknya itu. Luahan sayu A. Aida di Instagram turut undang perhatian ramai;

” Hari ini hari yang penuh dengan rasa hiba buat saya sebagai ibu. Sekejap tenang, sekejap agak resah gelisah yang amat. Sungguh… Sukar untuk digambarkan dengan kata apa dalam dada ini. Hari yang ‘menyedihkan’ itu akhirnya tiba juga dan kami akan berpisah bumbung selepas 17 tahun dia lahir dari perut saya.

” Semua ibu akan melalui episod yang saya rasai hari ini. Anak ke-2, @azevanatassha akan secara rasminya berpindah ke Melaka, menyambung pelajaran di sana.

” Tasha yang saya besarkan dengan airmata bersama kakaknya @az_aleesa dan @rahul_a.aida suatu ketika dahulu, Alhamdulillah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran.

” Anak Mama yang baik, anak Mama yang cantik. Anak Mama yang tidak pernah sekalipun menyusahkan meskipun suatu ketika kehidupan kami bukanlah terus jadi senang.

” Ketika saya susah, @azevanatassha dan kakaknya @az_aleesa lah yang memberi kekuatan dan bayangkan, hari ini dia akan pergi meninggalkan saya, demi meneruskan kehidupan.

” Pun saya tetap bersyukur kerana dia bakal meneruskan cita-citanya di dalam negara, dan dia memilih untuk mendengar kemahuan saya untuk tidak menyambung pelajaran ke oversea. Pun, rupa-rupanya rasa perpisahan itu tetap sama. Jauh ke, dekat ke, hati ibu ini tetap sangat sayu. Sangat syahdu…

” Pun saya akur. Anak aku ni sudah 18 tahun tau. Dan Tasha bukan lagi kanak-kanak… Dia sudah berhak memilih yang terbaik untuk masa depannya sendiri. Tak apalah Tasha…Mama redho seredho-redhonya walaupun selepas ini Mama tak boleh tengok Tasha depan mata hari-hari. Kena tunggu seminggu atau sebulan nak jengok Tasha. Oh!

” Anakku Tasha…Mama melepaskan Tasha dengan doa yang tidak pernah sedikit..

” Mama membesarkan Tasha menjadi anak yang baik dan berguna untuk membuat kebaikan kepada insan lain. Teruslah menjadi hamba Allah yang tahu bersyukur dan sentiasa berbaik sangka sesama manusia. Doa Mama akan selalu ada buat Tasha, sehinggalah ke hujung nyawa Mama. Teruslah menjadi manusia yang baik anakku..

” Mama Love you so much!..”

Untuk rekod A. Aida pernah bernikah dengan Ameng dan dikurniakan Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha, 18.Dia kemudiannya bernikah dengan seorang anggota Polis yang tidak diketahui butiran lanjut tanpa sebarang zuriat.

Tidak lama selepas itu, A. Aida bernikah pula dengan seorang pegawai Polis dan dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rahul, 10. Sementara pernikahan beliau dengan pelakon Ariff Aziz yang turut mengalami episod perceraian tidak dikurniakan cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: IG A. Aida

Be the first to comment on "Air Mata A. Aida Akhirnya Gugur Lagi Kerana Insan Tersayang, “Dia Berhak Memilih Yang Terbaik”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*