“Bertuah Budak Ni”, Terpacul Kata-Kata Ini Dari Mulut Tun M Ketika Umie Aida Datang Melawat

Bila Umie Aida dan suami bawa anak datang berjumpa Tun M, tak sangka ini kata-kata Tun M..

Baru berusia sebulan, bayi bernama Aisya cukup bertuah kerana sudah berpeluang bertemu dan dipangku oleh pemimpin kesayangan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Aisya yang kini menjadi buah hati kesayangan pelakon Datin Seri Umie Aida dan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dibawa oleh ibu dan ayah angkatnya bertemu Perdana Menteri di kediaman beliau baru-baru ini.

Dalam pertemuan istimewa itu, Umie berkongsi cerita keterujaan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah melihat dia dan suami membawa Aisya bertemu mereka.

Banyak nasihat dan tip yang dikongsi Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah kepadanya mengenai cara membesarkan anak.

Umie dan Khairuddin yang sememangnya menghormati dan menyayangi Perdana Menteri dan isteri berterima kasih buat kedua-dua personaliti yang sudah dianggap seperti ibu dan bapa sendiri di atas perkongsian yang amat berharga.

Ini nasihat Tun Siti kepada Umie Aida
” Tun Siti menasihatkan Umie kalau boleh bagi Aisya minum susu badan. Itulah yang paling terbaik buat anak yang baru lahir. Insya-Allah Umie akan usahakan untuk membekalkan Aisya dengan susu badan.

” Tun Siti dan Tun Mahathir juga memberi ilmu membesarkan anak-anak. Umie amat hargai nasihat dan kesempatan yang diperoleh daripada dua negarawan yang dihormati itu,” kata pelakon filem Dukun itu berkongsi pengalaman ketika dihubungi.

Pada kesempatan itu juga, momen yang akan terus kekal berada dalam kotak fikiran Umie ialah apabila Dr Mahathir memberi pandangannya mengenai Aisya.

” Bertuah budak ini…” kata-kata yang terpacul dari mulut Dr Mahathir membuatkan Umie dan suaminya sebak seketika.

Ketika itu juga, Umie berendapat, keputusannya untuk memelihara Aisya sangat tepat dan dia berikrar akan menjaga amanah Allah itu dengan sebaik-baiknya.

” Kehadiran Aisya adalah anugerah daripada Allah buat Umie dan suami. Rezeki mendapat Aisya memang tidak terduga. Bayangkan, kali terakhir Umie mengasuh anak 25 tahun lalu.

” Kali ini, Aisya hadir membawa kegembiraan baharu dalam keluarga kami. Semoga Aisya membesar sebagai anak yang solehah dan bertuah seperti mana kata Tun Mahathir,” ujar Umie yang juga mempunyai dua anak angkat lain.

Menurut Umie, membawa Aisya bertemu dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah merupakan hasrat yang disimpan oleh dia dan suaminya.

” Alhamdulillah, kesempatan diperoleh dan Umie sangat gembira apabila Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah turut berkongsi kegembiraan Umie dan suami,” kata primadona filem Melayu itu lagi.

Sementara itu, dalam perkongsian di laman Facebook peribadinya, Umie turut berkongsi cerita kunjungan dia, suami dan Aisya ke kediaman Perdana Menteri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: astroawani

Be the first to comment on "“Bertuah Budak Ni”, Terpacul Kata-Kata Ini Dari Mulut Tun M Ketika Umie Aida Datang Melawat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*