“Kenapa bini alah, husband pun alah sama!” – Netizen Kesian Tengok Aeril Zafrel Muntah-Muntah Gara-gara Wawa Zainal Hamil!

Kesian Aeril Zafrel Muntah-Muntah Gara-gara Wawa Zainal Hamil!.. 😅

Setelah hampir 7 tahun berkahwin, siapa sangka Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini bakal menimang cahaya mata yang ketiga. Seperti yang korang tahu, wanita mengandung kadang-kadang akan alami alahan seperti pening dan muntah-muntah.

Tapi yang peliknya sekarang, bukan si Wawa yang alami alahan, tak pasal-pasal si Aeril pulak yang muntah-muntah ni! Alamak ai… kesiannya!

“Plastik kena standby dalam kereta! Kalau bukan Wawa yang muntah Aeril!”

Menerusi satu video yang dikongsikan Wawa kat Instagram, si suami, Aeril yang sedang memandu kereta tu nampaknya tengah tahan diri dari nak muntah. Wawa pulak nampak chill je siap tolong pegang plastik lagi nak tadah muntah Aeril. Apa sudah jadi ni?? Hiks!

“Nanti bila I pregnant, I harap future husband I yang dapat alahan muntah-muntah hehehe”

Posting Wawa ni mendapat perhatian netizen Twitter yang sekaligus berharap bakal suami mereka akan mendapat alahan mengandung kalau dah kahwin nanti. Amboi korang… Kesian suami tu tau! Tapi apa salahnya kalau sama-sama merasa susah payah mengandung kan?

Kenapa suami yang dapat alahan tapi isteri yang mengandung?

Bila terjadi hal macam ni, ramai tertanya-tanya kenapa si suami pulak yang dapat alahan walhal yang mengandungnya isteri? Sebab seperti kita tahu, wanita alami alahan kerana badan mereka sedang mengalami perubahan hormon. Tapi apa kena pulak lelaki yang muntah-muntah ni kan…

Menurut jawapan beberapa netizen di Twitter, reason lelaki kena alahan ini ialah kerana ‘kasih sayang’ yang mendalam mereka terhadap si isteri. So apa yang isteri rasa atau patut rasa tu boleh transfer ke suami tau.

Malah ada penjelasan saintifik berdasarkan kejadian ni seperti kat bawah ni:

Sayang kat isteri kan? Apa kata sama-sama kongsi alahan tu macam Aeril dan Wawa? Barulah kasih sayang suami isteri makin kuat.

Sumber : lobakmerah.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Kenapa bini alah, husband pun alah sama!” – Netizen Kesian Tengok Aeril Zafrel Muntah-Muntah Gara-gara Wawa Zainal Hamil!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*