Agong beribadat sebelah makam Nabi Muhammad

Ketua agama Islam 👍🏻 Semoga Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat ❤️

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah selesai melakukan lawatan khas ke Arab Saudi pada 12 hingga 14 Julai lalu.

 

Selama tiga hari itu, Tuanku turut melawat makam Nabi Muhammad di Masjid Nabawi dan menunaikan ibadat bersebelahan dengan makam junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Menerusi laman Instagram House of Pahang, gambar Sultan Abdullah yang duduk bersila mengundang perhatian rakyat jelata untuk memberikan komen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, hanya kerana Allah Tuhan Seluruh Alam…” KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong beribadat bersebelahan dengan makam junjungan besar Rasulullah SAW di Masjid anNabawi, Madinah al Munawwarah. KDYMM Tuanku sedang dalam rangka lawatan khas selama tiga hari ke Arab Saudi atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud. ————————————————————————- “Indeed my prayers, my good deeds, my life and my death; I leave it all in the Hands of Allah, who administers the whole universe.” His Majesty the Yang diPertuan Agong is seen reciting religious verses after performing prayers next to the tomb of Prophet Muhammad (pbuh) at the Prophet’s Mosque in Madinah al Munawwarah. His Majesty is on a three-day special visit to the Kingdom of Saudi Arabia upon the invitation of His Majesty King Salman Abdulaziz Al Saud, Ruler of the Kingdom of Saudi Arabia #houseofpahang #pahang

A post shared by House of Pahang (@houseofpahang) on

“…’Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, hanya kerana Allah Tuhan Seluruh Alam…’

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong beribadat bersebelahan dengan makam junjungan besar Rasulullah SAW di Masjid anNabawi, Madinah al Munawwarah.

“KDYMM Tuanku sedang dalam rangka lawatan khas selama tiga hari ke Arab Saudi atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud,” tulis kapsyen posting tersebut.

Salasilah kerabat diraja Pahang bersambung dengan keturunan Rasulullah

Untungnya Tuanku dapat peluang…

Semoga Allah panjangkan usia Tuanku!

Sumber : House of Pahang

Be the first to comment on "Agong beribadat sebelah makam Nabi Muhammad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*