Kedua2 nya melambai tangan dan berkata ‘bye mama’ sblm saya dan suami keluar bagi menyediakan sarapan utk bomba yg bertugas

“Tak dapat dibayangkan macam mana mereka menghadapi azab kebkaran itu sebelum mennggal dunia..” kata ibu dua beradik yang mennggal dunia dalam kebakaran…

Semoga roh mereka dicucuri rahmat..

“KEDUA-duanya melambai tangan dan berkata ‘bye mama’ sebelum saya dan suami keluar rumah bagi menyediakan tempahan makanan untuk anggota bomba bertugas di Pelabuhan Klang.

“Tak dapat dibayangkan macam mana mereka menghadapi azabb kebkaran itu sebelum mennggal dunia,” kata ibu dua beradik yang mennggal dunia dalam kebakaran di Jalan Utama, Kampung Endah, Kuala Langat Serihayati Ngainan, 48.

Mengimbas semula kejadian itu, Serihayati berkata, dia dan suami, Mohd Fakrul Khair Baharin, 41, keluar dari rumah sewa mereka 8 malam tadi.

Katanya, dua anak perempuan serta seorang anak lelaki sulungnya berada di rumah dan mereka juga sudah selesai menikmati makan malam serta solat Maghrib berjemaah.

“Saya dapat tempahan dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang untuk menyediakan makanan bagi anggota bomba yang memadamkan kebkaran kilang kimia di Pelabuhan Klang.

“Jadi pada 8 malam saya keluar bersama suami, ketiga-tiga anak tinggal di rumah kerana mereka sudah biasa sejak kami berniaga makanan,” katanya ditemui di Unit Frensik Hospital Banting hari ini.

Serihayati berkata, mereka selesai kerja 2 pagi namun diminta menyediakan sarapan pagi untuk anggota bomba yang memadamkan kebakaran kilang terbabit.

“Jadi saya dan suami putuskan bermalam di hotel di Pelabuhan Klang, sebab lewat dan perlu bersedia awal pagi untuk memasak.

“Sebaik tiba di hotel, kami menerima panggilan daripada adik yang memaklumkan rumah terbkar,” katanya.

Serihayati berkata, ketika kejadian kedua-dua anak perempuannya saja tinggal di rumah manakala anak sulungnya berusia 17 tahun keluar makan di restoran berhampiran kediaman mereka.

“Bila dapat panggilan adik, mereka tidak maklumkan keadaan kedua-dua anak saya, cuma mereka menangis.

“Apabila tiba di rumah 3.45 pagi, rumah atas berkayu papan sudah musnah terbakar dan kedua-dua anak juga pergi mennggalkan saya,” katanya.

Katanya, kedua-dua anak gadisnya itu disifatkan pandai berdikari serta ringan tulang membantu keluarga selain turut cemerlang dalam pelajaran.

Difahamkan, Nur Salsabila, 15, dan adiknya Nur Ain Sumayyah, 13, terperangkap dalam bilik hadapan rumah kayu kerana api mulai marak.

Jenazah kedua-dua beradik itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkburan Islam Kampung Endah di sini selepas selesai proses bedah siasat.

Terkilan gagal selamatkan anak

“SAYA cuba menyelamatkan mereka. Saya dah masuk ikut pintu belakang rumah, tapi api terlalu marak.

“Pada awalnya jeritan mereka kuat kedengaran, namun makin lama makin perlahan sehingga tiada lagi suara mereka,” kata Khamijas Ngainan, bapa saudara kepada dua beradik yang meninggal dunia dalam kebkaran di rumah di Jalan Utama, Kampung Endah, Kuala Langat, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mngsa, Nur Salsabila Mohd Fakrul Khair, 15, dan Nur Ain Sumayyah, 13, tinggal berdua di dalam rumah terbabit sementara ibu bapanya keluar kerana menyediakan makanan untuk anggota bomba memadamkan kebakaran kilang kiimia di Pelabuhan Klang malam tadi.

Khamijas berkata, dia yang tinggal berhadapan dengan kediaman sewa adiknya, Serihayati Ngainan, 48, melihat api sudah mula marak dan berlari untuk menyelamatkan nyawa dua anak saudaranya.

“Masa kejadian, saya dan isteri baru pulang dari berniaga di restoran kami di Kancong Darat dan sebaik tiba di rumah tiada apa yang berlaku.

“Namun apabila saya masuk saja dalam rumah, saya terlihat api sudah menjulang tinggi, saya dan isteri berlari ke rumah adik,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia terkilan kerana tidak dapat membantu kedua-dua anak saudaranya yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

“Mereka biasa tinggal di rumah itu kerana ibu bapa mereka berniaga makanan di Hentian Rehat dan Rawat Pulau Indah.

“Kebetulan mereka dapat tempahan menyediakan makanan untuk bomba bertugas memadamkan kebkaran di kilang kimia di Pulau Indah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor Nur berkata, mayat pelajar tingkatan tiga dan satu itu terperangkap di dalam bilik tidur mereka ketika api sudah marak.

Hafisham berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran pada jam 2.48 pagi dan dua jentera bomba masing-masing sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dan KLIA bersama 17 anggota bergegas ke tempat kejadian dan tiba 15 minit kemudian.

“Ketika sampai api sedang marak dan pasukan berjaya mengawal kebakaran dua minit kemudian. Api dipadamkan sepenuhnya selepas 10 minit,” katanya.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat dua adik beradik itu dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.

Kredit : hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Kedua2 nya melambai tangan dan berkata ‘bye mama’ sblm saya dan suami keluar bagi menyediakan sarapan utk bomba yg bertugas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*