Foto Terkini Anak Siti Nordiana Dengan Bekas Suami, Pelakon Arrwah Faizal Yusof

Foto Terkini Anak Siti Nordiana Dengan Bekas Suami, Pelakon Arrwah Faizal Yusof

Nama penyanyi Siti Nordiana kini semakin dikenali setelah menajdi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-2.

Vokal Siti Nordiana ternyata hebat dan dia bukan sahaja penyanyi biasa-biasa. Siti Nordiana mempunyai vokal yang mantap dan merdu.

Untuk pengetahuan, Siti Nordiana mempunya seorang anak lelaki yang semakin membesar. Anak nya itu berumur 6 tahun.

Siti Nordiana merupakan seorang ibu tunggal kepada Muhammad Rayyan Nakhie, anak bersama bekas suaminya, arw@h Mohd Faizal Yusup yang merupakan seorang pelakon.

Faizal Yusup merupakan seorang pelakon yang popular menerusi watak Dani dalam drama “Adamaya” bersama Lisa Surihani dan Syed Hussein.

Hanya beberapa kali sebulan dapat bertemu buah hatinya, Rayyan (Kredit Gambar: Instagram Siti Nordiana Alias @sitinordiana

Ternyata graf kerjaya Siti Nordiana memacu naik dengan baik sejak begelar juara Gegar Vaganza 2 kira-kira dua tahun lepas. No doubt, wanita ini laris dan sibuk dengan jadual kerjaya seninya sehingga mempunyai ruang cukup terhad bersama tersayang.

Akui penyanyi yang mesra di sapa Nana ini, rindu pada lelaki kesayangannya begitu mendalam kerana hanya dapat bertemu beberapa kali dalam sebulan. Ha, ramai yang suspense ingat Nana bercinta la tu. Kalau pun ya kenapa tidak kan, maklumlah masih belum rasmi berpunya.

Rayyan, buah hati pengarang jantung Nana (Kredit Gambar: Instagram Siti Nordiana Alias @sitinordiana)

Nana mengadu dia rindu teramat sangat pada anak tunggalnya Muhammad Rayyan Nakhaie yang berusia Sembilan tahun. Kata penyanyi lagu Paling Comel ini, sehinggakan persiapan sekolah buah hati yang dipanggil Rayyan itu juga tidak dapat dibuat.

“Mujur ada abang saya yang sudi membantu. Memang masa sangat terhad. Saya memang terangkan kepada Rayyan saya sibuk bekerja untuk mencari rezeki,” katanya sayu.

Nana agak terkilan kerana tidak sempat membuat persiapan sekolah Rayyan (Kredit Gambar: Instagram Siti Nordiana Alias @sitinordiana)

Beliau berkata dirinya beruntung kerana Rayyan memahami dan tidak banyak perangai malah sudah terbiasa sejak kecil lagi.

Bukan memuji, Nana berkata dia bersyukur kerana heronya itu seorang yang sangat berdikari dan pandai membawa diri.

That is why, bila tamat pementasan teater Dia Semanis Honey Muzikal pertengahan bulan ini, Nana memang mahu luangkan masa bersama Rayyan.

Nana mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama Rayyan(Kredit Gambar: Instagram Siti Nordiana Alias @sitinordiana)

“Ketika sibuk saya tetap tidak lepas tangan saya memang hubungi Rayyan termasuk panggilan video bagi bertanya mengenai hal sekolah dan aktiviti hariannya,” katanya.

Sementara itu, Nana mengakui dia semakin seronok berlakon walaupun agak malu ketika percubaan awal sebelum ini.

“Syukur saya dapat team dan kru yang sangat supportive dan sporting. Kalau untuk teater baru-baru ini kami memang sudah seperti family. Kami memang rapat dan ada group WhatsApp sendiri walaupun dah habis shooting sejak setahun lalu,” katanya.

Nana juga mengakui bersedia untuk menerima tawaran yang sesuai dalam bidang lakonan pada masa depan.

Sesibuk mana sekalipun, Nana akan tetap menghubungi Rayyan melalui panggilan telefon atau video call (Kredit Gambar: Instagram Siti Nordiana Alias @sitinordiana)

Pada masa sama, penyanyi yang popular dengan pasangan duetnya Allahyarham Achik Spin melalui lagu Memori Berkasih ini juga sedang mencari material untuk single dan albumnya.

“Saya juga tidak menolak untuk berduet tapi jujurnya bukan mudah untuk mendapat pasangan duet yang serasi.

“Mengenai lagu baharu, saya sedang mencari bahan dan akan lahirkan single tidak lama lagi,” katanya

Tak Sanggup Berjauhan, Siti Nordiana Bawa Anak Ke Latihan Teater

Menurut Siti Nordiana dia sanggup membawa anak lelakinya ke sesi latihan teater Dia Semanis Honey.

“Tak bolehlah nak tinggal Rayyan lama-lama, saya cepat rindu jadi saya ambil inisiatif bawa dia bersama ke tempat latihan.

“Dalam seminggu, adalah dua tiga kali saya bawa janji dia ada depan mata saya. Tiga hari pun jadilah, tak sangguplah nak tinggal dia.

“Saya akan pastikan supaya dapat luangkan masa dengan Rayyan, saya tak mahu dia rasa sunyi. Sibuk macam mana pun saya akan pastikan ada masa bersama dia.

“Lagipun bila kita dah ada anak ni cara kerja kena lain sikit dan saya kena pandai bahagikan masa antara kerjaya dan anak,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: instagram sitinordiana via HangatBerita

Be the first to comment on "Foto Terkini Anak Siti Nordiana Dengan Bekas Suami, Pelakon Arrwah Faizal Yusof"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*