“Pakai spec sebab tak pakai bulu mata” – Netizen usik Che Ta bercermin mata hitam saiz ‘extra’ ketika makan durian

Netizen usik Che Ta bercermin mata hitam saiz ‘extra’ ketika makan durian..

MAKAN durian pun pakai cermin mata hitam ke? Belum sempat netizen meninggalkan komen kecaman, pelakon Rozita Che Wan awal-awal lagi sudah memberi ingatan agar mereka tidak mempertikaikan gayanya itu.

Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, tidak salah untuk dia bergaya sakan dengan cermin mata hitam bersaiz ‘extra’ meskipun hanya menikmati raja buah itu di gerai tepi jalan.

“Tak ada syarat lah nak makan durian… janji ada mulut dengan durian, jangan pula ada yang komen makan pun pakai spec.

“Kalau kata Che Ta makan durian pun pakai cermin mata, apa salahnya, aku pinjam cermin mata hangpa ka?

Che Ta dan Aaisyah peminat buah durian.

“So tak kisahlah nak pakai macam mana pun apabila nak makan durian,” katanya.

Che Ta berkongsi video pendek sedang menikmati buah kesukaan ramai itu menerusi Instagram miliknya.

Turut kelihatan dalam video tersebut anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lima tahun.

Video yang dimuat naik pelakon drama Kak Marr itu ternyata mencuri perhatian pengikut yang berasa lucu dengan pesanan bersahaja Che Ta itu.

Keluarga bahagia… Che Ta bersama suami Zain Saidin dan anak-anak mereka.

“Ada syarat tak nak pakai spec besar muka macam tu?,” tanya pelakon dan pengacara Awal Ashaari.

“Bentuk muka lawa bolehlah pakai spec besar macam Che Ta. Pakai spec sebab Che Ta tak pakai bulu mata masa ni.

“Netizen ni ada saja tak kena… tak ada masalah pun pakai spec mata tu. Che Ta kalau balas komen haters nak tergelak tambah-tambah pulak dengan loghat Kedah dia,” komen netizen.

Rakaman video tersebut menerima lebih 20,000 tanda suka dan hampir 400 komen pengikut.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Pakai spec sebab tak pakai bulu mata” – Netizen usik Che Ta bercermin mata hitam saiz ‘extra’ ketika makan durian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*