“Best Dapat Tengok Baby, Insya-Allah Januari 2020” – Suami Abby Abadi

Tak sabar nak tunggu baby, suka tengok bila Jai jaga Abby time pegi check up.

Suami pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi perkembangan terbaru isterinya yang sedang hamil.

Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Faizal menyatakan rasa syukur dan memaklumkan anak yang dikandung isterinya itu berada dalam keadaan sihat.

Selain itu, dia juga mendedahkan tarikh jangkaan bersalin Abby adalah pada Januari 2020.

“Hari ini dengan my love @abby_abadi112 ke klinik lagi sebab ada temu janji untuk scan.

“Best tengok baby, semua sihat. Insya-Allah Januari 2020 dapat melihat kebesaran ciptaan dan nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya.

“Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk my love & my baby…” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ni ngan My Love @abby_abadi112 ke Klinik lagi sbb ada temujanji untuk scan . Best tengok baby…semua sihat, InsyaAllah Januari 2020…dapat melihat kebesaran Ciptaan dan Nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya . Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk My Love & My Baby… . Layanan terbaik dari Doc & Staf #klinikandawangsamelawati

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Best Dapat Tengok Baby, Insya-Allah Januari 2020” – Suami Abby Abadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*