“Masih Ada Rupanya Insan Yang Ikhlas…”- Kongsi Kisah Tunang, Datuk Alha Syukur

“Call nak tanya berapa wang hantaran? masha Allah, mak beliau cakap “Alha nak amik anak die pun makcik bersyukur sgt dah…

Pastinya sangat gembira jika kita sudah bertemu pasangan, apatah lagi ingin berkahwin dan tentu saja kita inginkan yang terbaik buat pasangan.

Posting jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa dilaman Instagram menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsi kisah pertemuannya bersama tunang, Noor Azlin Ismail.

Teringat mula2 kenal…

Kata Alha, ketika mula-mula berkenalan duit hanya cukup pakai sahaja dan simpan duit untuk perniagaan. Berkenalan dengan tunang melalui kelas makeup, Datuk Alha mengatakan dia banyak memberi sokongan dan memahami kesibukannya.

Call nak tanya berapa wang hantaran?…

Dia juga berkongsi mengenai wang hantaran yang bagi Mak pihak perempuan tidak kisah berapapun jumlahnya namun dia bersyukur kerana tunangnya itu seorang yang baik dan ketika bertanya pula kepada tunang, dia hanya meminta senaskah Al-Quran sahaja sudah mencukupi.

Bagaimanapun, Datuk Alha memuat naik foto dia bersama tunang berada di Butik Rizalman berkata, dia membawa secara senyap-senyap tunangnya itu berjumpa Dato’ Rizalman dan bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Bagi Alha, kalau wanita ikhlas…

Baginya, jika wanita ikhlas tidak mahu hantaran pun lelaki tetap akan usahakan yang termampu namun jika hantaran tinggi-tinggi pun baginya ok jikalau dua pihak mampu.

Di ruangan komen, rata-ratanya meninggalkan pelbagai pujian dan pandangan mengenai hantaran dan turut mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini.

Betul kata Alha…

Sama cantik dan padan…

Sumber: IG Datuk Alha Alfa / HCL via mediaohsem

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Masih Ada Rupanya Insan Yang Ikhlas…”- Kongsi Kisah Tunang, Datuk Alha Syukur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*