“Tuhan Yang Tahu Betapa Risaunya Saya Memikirkan Anak Sedang Bertarung Dengan Kes4kitan,” Ibu Pohon Doa Buat Haziq

“ Hanya Tuhan Yang Tahu Betapa Risaunya Saya “ ibu Pohon Doa Dari Kita Semua

Penyanyi, Linda Eva tidak dapat menyembunyikan perasaan risau apabila mengenangkan nasib menimpa anak lelakinya, Muhammad Haziq Hasbullah yang terlibat dalam kem4langan jalan raya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Difahamkan, bintang remaja berusia 19 tahun itu terlibat dalam nahas jalan raya ketika membonceng motosikal yang ditunggang bersama rakan.

Bagaimanapun, Haziq dilaporkan mengalami kecederaan parah sementara rakannya pula cedera ringan.

“Hanya Tuhan yang tahu betapa risaunya saya memikirkan Haziq sedang bertarung dengan kesakitan. Tolonglah doakan dia,” luah Linda.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Putra Band berkenaan sedang menjalani rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia), Cheras, Kuala Lumpur.

“Semenjak masuk wad pada hari kejadian, anak saya telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali di bahagian kaki kanannya kerana saluran darah yang pecah akibat kemalangan.

“Selepas ini akan ada lagi beberapa pembedahan susulan. Saya tidak mendedahkan kepadanya kerana tidak mahu mengganggu fikiran Haziq yang sedang fobia.

“Ibu mana tidak sedih melihat keadaan, fikiran dan emosi anak yang terganggu kesan kemalangan,” katanya.

Pada masa sama, ibu kepada empat cahaya mata ini turut meminta ramai supaya berdoa agar anak lelakinya itu sembuh seperti sedia kala.

“Kalau boleh, janganlah diungkit hal berkaitan kemalangan kerana saya tidak mahu dia bersedih.

“Kepada yang datang melawat, berbuallah perkara yang membuatkan dia gembira dan kembali bersemangat,” pinta Linda yang sebelum ini sinonim menerusi lagu Bulan Cinta bersama kumpulan dangdut, EVA.

Haziq sebelum ini pernah terbabit dalam kemalangan dua tahun lalu apabila motosikal ditunggang merempuh sebuah lori yang dipercayai parkir di bahu jalan.

Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh terus ke akaun ibunya, Norhaslinda Ishak (114067310531- Maybank).

Sumber/Foto: MHE/Terima kasih Fadhil

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment on "“Tuhan Yang Tahu Betapa Risaunya Saya Memikirkan Anak Sedang Bertarung Dengan Kes4kitan,” Ibu Pohon Doa Buat Haziq"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*