Foto Anak bongsu Razif Sidek yang dikatakan bakal pengganti Lee Chong Wei

Foto Anak bongsu Razif Sidek yang dikatakan bakal pengganti Lee Chong Wei

Nampaknya selepas Datuk Lee Chong Wei mengumumkan untuk bersara, tempat beliau akan digantikan dengan pelapis baru pada masa akan datang.

Ini kerana anak bongsu kepada legenda beregu lelaki negara, Datuk Razif Sidek iaitu Muhammad Fazriq Mohamad Razif berhasrat bagi mengikut jejak langkah jaguh badminton negara itu.

Keluarga Mohd Sidek Abdullah Kamar dianggap keluarga legenda dalam bidang badminton apabila anak-anaknya menguasai pentas dunia.

Bagaimanapun, selepas kira-kira 20 tahun, ketika kebuntuan mencari pelapisnya, seorang demi seorang cucu-cucu Sidek mula tampil ke arena sukan tanah air.

Tetapi semua itu bagaimanapun tidak dijangka sama sekali.

Setelah berjaya merangkul kemenangan dalam Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun di Jepun minggu lalu, bintang muda negara itu ingin meraih kejayaan seperti yang dikecapi Chong Wei.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 15 tahun itu mengakui dia perlu berusaha gigih pada setiap perlawanan bagi merealisasikan impian tersebut.

“Untuk mencapai tahap setanding Chong Wei, saya juga perlu menimba lebih banyak pengalaman dan meraih kejayaan demi kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Bukan mudah menjadi pemain nombor satu negara pada usia yang masih muda, saya baru berusia 15 tahun.

“Saya perlu menyusun jadual saya sebaik mungkin dan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun saya akan cuba menjadi wakil negara (di peringkat senior),” katanya.

Rata-rata rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat maju jaya buat remaja itu dalam melatihkan diri untuk menjadi legasi pemain badminton negara

Sumber : Bernama , Team Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Foto Anak bongsu Razif Sidek yang dikatakan bakal pengganti Lee Chong Wei"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*