“Masih Sayang, Kasih Sebagai Ibu Kepada Anak, Banyak Terhutang Budi Pada Mawar,” – Fizo Omar

Akui masih sayang, Fizo Omar berterima kasih pada Mawar Karim..

Kemelut rumah tangga pelakon dan usahawan, Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim akhirnya bertemu titik noktah apabila pasangan itu bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, pagi tadi.

Mengulas mengenai perpisahan yang berlaku,Mawar memberitahu dia reda dab pasrah dengan keputusan yang dipersetujui bersama.

Malah, ibu tunggal berusia 30 tahun ini juga tidak menafikan dia bersama bekas suami telah melakukan yang terbaik demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2013 itu.

“Sudah tentu semua wanita sayangkan rumah tangga mereka dan cuba untuk menyelamatkannya sedaya upaya.

“Tapi, selama hampir enam tempoh perkahwinan ini kami mencuba dan saya reda mungkin sampai sini sahaja,” katanya sejurus selesai prosiding.

Terdahulu, Fizo yang ditemui pihak media di perkarangan mahkamah tenang memberikan reaksi.

Katanya, apa yang berlaku adalah takdir Allah dan tidak boleh memberikan perincian yang lebih mengenai perceraiannya sama Mawar ketika ini.

“Saya menghormati pihak media. Buat masa skng saya tak boleh beri sebarang kenyataan secara terperinci. Cuma apa yang boleh saya katakan, jodoh saya dan Mawar hanya setakat ini, ia takdir Allah.

“Pada saya apa yang terjadi ini buka pengakhiran tapi pemulaan bagi saya dan Mawar sebagai ibu bapa yang berpisah dalam membesarkan Mariam (anak),” jelasnya.

Pada masa sama, Fizo turut memberitahu mereka dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Jangan risau saya dan Mawar baik-baik sahaja. Saya percaya lepas inj hubungan kami akan lebih rapat bahkan sehingga ke hari ini kami masih lagi baik.

“Betul perceraian bukan sesuatu yang baik. Akan tetapu saya percaya hikmah di sebalik kejadian ini, ambil positif,” doa Fizo yang turut mengharapkan penulisan yang baik berkaitan dirinya dan bekas isteri dari kalangan rakan media.

“Saya masih sayang, masih kasih sebagai ibu kepada anak saya. Saya banyak terhutang budi kepada Mawar.

Tidak perlu ada pergaduhan sebab siapalah saya untuk menidakkan takdir Allah,” kongsi Fizo dalam keadaan yang cukup tenang.

“Saya Korbankan Kasih Sayang Saya Untuk Fizo,” – Cerai Talak Satu, Mawar Karim Reda
Bekas isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim yang baru sahaja bercerai talak satu kira-kira jam 10.55 pagi tadi mengakui sedih atas apa yang berlaku.

Bagaimanapun, Mawar, 30, tidak menafikan pengorbanan yang dilakukan atas yang paling besar dalam hidupnya.

“Perasaan sudah tentunya sedih, tapi saya harap pengorbanan ini adalah satu pengorbanan paling besar dalam hidup saya.

“Bukan kerana ego atau harta tapi saya reda. Apa yang terjadi ini ada hikmah disebaliknya.

“Saya perlu jaga banyak hati pihak sebab saya takut apa yang saya cakap ini, takut disalahtafsir oleh pihak lain,” katanya sejurus selesai prosiding cerai sebentar tadi.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini pada masa sama turut menjelaskan, sebagai wanita, sudah tentu dia sedaya upaya cuma untuk selamatkan rumah tangga.

“Selama tempoh enam tahun ini, kami cuba untuk selamatkan rumah tangga kami tapi saya pasrah dan sampai sini sahaja saya dan Fizo.

“Penjagaan anak dapatkan saya. Saya tidak akan pisahkan mereka sebab Maryam pun masih kecil.

“Saya korbankan kasih sayang saya untuk Fizo. Saya cuba pertahankan, tapi ini sudah pun terjadi. Cuma apa yang boleh saya katakan, Fizo seorang bapa dan anak yang baik terhadap keluarganya,” kongsi Mawar yang turut mengakui ketika ini Maryam berada di bawah penjagaan Mawar.

Terdahulu, Fizo melafazkan cerai talak satu kepada Mawar menerusi prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, pagi tadi.

[VIDEO] Fizo Omar cera1kan Mawar t@lak satu

SUASANA tenang menyelubungi galeri Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi apabila pelakon dan usahawan Fizo Omar melafazkan cerai terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim pada pagi, Rabu.

Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi.

Lafaz cerai Fizo dibuat di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.

Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Menerusi laporan media, Fizo juga mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Fizo dan Mawar bersama anak mereka, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Mawar, 30, pernah memberitahu dia sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung masalah rumah tangga mereka.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini mendapatkan rawatan daripada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arsat untuk memperoleh zuriat.

Artikel berkaitan :

“Seandainya perpisahan terbaik buat kami, saya reda” – Fizo Omar ulas isu rumah tangga bergoncang

PELAKON dan usahawan Fizo mengakui terkejut apabila dimaklumkan isterinya, Mawar Abdul Karim sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Menerusi laporan Harian Metro, Fizo, 34, berkata buat masa kini dia masih menunggu perkembangan dan tindakan seterusnya daripada pihak isterinya untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila saya dapat tahu Mawar sudah mendapatkan nasihat daripada peguam, saya tahu perkara ini sudah menjadi serius.

“Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini, saya masih menunggu perkembangan dan tindakan lanjut daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami,” katanya.

Fizo akui dia dan Mawar rumah tangga mereka berdepan dengan masalah.

Mawar, 30, menerusi laporan akhbar pada Ahad lalu memberitahu sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.

Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka memilih untuk tidak mengulas mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Fizo menafikan masalah rumah tangga yang dihadapinya berpunca daripada orang ketiga namun mengakui perkahwinannya mereka kini berdepan kemelut.

Fizo anggap apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah.

Menurut Fizo, dia tidak berniat untuk menyalahkan Mawar atau membuka aib mana-mana pihak namun beranggapan apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah.

“Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-Nya.

“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Sumber : mstar / MHE TV / Media Hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Masih Sayang, Kasih Sebagai Ibu Kepada Anak, Banyak Terhutang Budi Pada Mawar,” – Fizo Omar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*