Ini Status Terbaru Bapa Ainul Yang Cetus Tanda Tanya, Selepas Ainul Dijangka Akan Pulang Secara ‘Senyap-Senyap’ Nanti

Ini Status Terbaru Bapa Ainul Yang Cetus Tanda Tanya, Selepas Ainul Dijangka Akan Pulang Secara ‘Senyap-Senyap’ Nanti

Bayi perempuan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dijangka akan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebaik tiba di negara ini, hari ini.

Menurut sumber, Ainul Mardhiah yang berusia 10 bulan bersama bapa, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi sudah bertolak dari United Kingdom (UK) pada 9.30 malam tadi (waktu tempatan).

‘Ini status bapa Ainul’

“Ainul dijangka sampai esok (hari ini) dan terus ke HKL,” katanya ketika dihubungi NSTP, malam tadi.

Berdasarkan status dimuatnaik Ahmad Safiuddin, 24, petang semalam, mereka sedang membuat persiapan rapi bagi memastikan Ainul sembuh dan kuat berikutan bayi sulungnya itu pernah mendapat jangkitan selepas mengharungi penerbangan panjang selama 13 jam.

“Disebabkan Ainul terlalu ‘fragile’, doktor minta supaya kurang mendedahkan Ainul supaya risiko mendapat jangkitan dapat dikurangkan.

“Bagaimanapun, kami sangat berbesar hati dan gembira bila dapat pulang ke tanah air. Malaysia adalah tempat Ainul!,” katanya menerusi statusnya.

Ainul Mardhiah yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di sebuah Hospital Kanak-Kanak di UK pada 10 Jun lalu, terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.

Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1juta itu, berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah Dr Nur Amalina Che Bakri.

Bawa pulang Ainul secara rahsia

Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, memaklumkan yang anaknya itu akan dibawa pulang ke tanah air secara senyap.

Ahmad Safiuddin berkata, dia dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi sedang melakukan persiapan untuk membawa anaknya itu pulang ke Malaysia, tidak lama lagi.

“Tarikh tidak akan diberitahu atas nasihat doktor di sini (London) sebab takut ramai akan tunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti. Kami akan balik secara senyap-senyap berikutan Ainul dalam fasa untuk sembuh dan badannya masih belum kuat.

“Harap semua orang faham keadaan Ainul, demi mengelakkan anak kami daripada jangkitan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, Ahmad Safiuddin memuat naik gambar anaknya kira-kira dua jam ang lalu dengan keterangan ‘Dah ready ke kakak (Ainul)’. Status dimuat naik di laman Facebook itu kemudiannya mendapat 5,800 reaksi, 116 komen dan 205 perkongsian.

Ainul Mardhiah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu. Kesihatannya terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: hmetro dan ig

Be the first to comment on "Ini Status Terbaru Bapa Ainul Yang Cetus Tanda Tanya, Selepas Ainul Dijangka Akan Pulang Secara ‘Senyap-Senyap’ Nanti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*