‘Kami Dah Tak Tinggal Sebumbung’ – Isteri Baru PU Abu Akui Rumahtangga Dilanda Badai.

Nak cerai lagi? Isteri PU Abu dedah masalah rumah tangga – “Kami dah tak tinggal sebumbung”

APA dah jadi dengan peserta Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan ni? Selepas dilanda kontroversi menceraikan isteri yang sedang hamil, dia dihimpit kisah sensasi baharu apabila rumah tangga bagi perkahwinan keduanya pula dikatakan mulai retak.

Selepas dua bulan menceraikan Ain ‘Afini Latif, kebahagiaan yang diharapkan untuk perkahwinan terbaharunya dengan ibu tunggal, Hana Azraa turut diuji.

Perkara itu dikongsi sendiri Hana Azraa kepada mStar.

Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan PU Abu sudah membawa haluan masing-masing dan mereka tidak lagi tinggal bersama.

“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

Hana mendoakan kebahagiaan PU Abu, Ain dan anak mereka.

“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,” kata Hana kepada mStar.

Menerusi semakan mStar, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram masing-masing sejak sebulan lalu.

Tambah Hana, dia tampil mahu menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak salah faham dalam kalangan netizen.

“Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu… tak nak mereka salah faham tentang kami.

Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah.

“Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga.

“Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah,” ujarnya.

Dalam pada itu, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi ketika dihubungi mStar enggan mengulas berhubung kenyataan Hana mengenai status rumah tangga mereka.

“Saya dan dia masih suami isteri,” katanya secara ringkas.

Menerusi laporan mStar pada 8 Mei lalu, PU Abu menjelaskan dia dan Hana, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak itu sudah berkahwin di Malaysia dan bukannya di Thailand seperti didakwa netizen.

PU Abu timang anak lelaki pada 7 Jun lalu.

Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain ‘Afini pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April lalu.

Nama Hana dikaitkan dengan kontroversi itu apabila didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain.

Konflik perceraian PU Abu dan Ain berkesudahan dengan jatuhnya talak dua pada 16 Mei lalu.

Hasil perkahwinan PU Abu dan Ain ‘Afini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang juga merupakan bekas suami kepada Ain ‘Afini Latif ada mendedahkan wajah anak sulungnya.
“Aku Tak Tahu Macam Mana Tok Qadhi Nak Sebut Nama Dia Time Nikah,” – PU Abu Komen Nama Panjang Anak.

PU Abu memuat naik foto wajah bayinya itu menerusi entri Instagramnya yang dikemas kini.

Menerusi kapsyennya, PU Abu secara seloroh ada berkongsi mengenai anakya yang comel dan pada masa sama mempunyai nama yang panjang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Muhammad Adam Aysar bin Muhammad Abu Sufyan ❤️ . Dahlah comel,nama panjang plak tu 😪. . Aku tak tahu mcmmana Tok Qadhi nak sebut nama dia nanti time nikah 😂

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on

“Muhammad Adam Aysar bin Muhammad Abu Sufyan. Dahlah comel,nama panjang plak tu. Aku tak tahu mcmmana Tok Qadhi nak sebut nama dia nanti time nikah,” tulisnya menerusi Instagram.

Entri tersebut mendapat perhatian netizen.

Biarpun kapsyen yang ditulis hanya sekadar gurauan, ada netizen yang mengambil serius perkara terbabit dan mengec4m PU Abu.

“Geram pula aku, ni mesti ex-wife kasi nama anak lepastu dia perli…” kata salah seorang netizen

“Anak sndiri pun perlu, apa punya bapak,” kecam lagi salah seorang pengikutnya.

Sementara itu, terdapat netizen yang sengaja memerli PU Abu kembali kerana didakwa berbicara tentang nikah terlalu awal sedankan anaknya masih kecil.

“Harap dia nikah sekali je, tak ada cer4i-cer4i macam…” komen seorang netizen yang membiarkan ayatnya tergantung.

Sebelum ini, kec0h apabila PU Abu bertindak mencer4ikan Ain atas beberapa sebab lalu mendirikan rumah tangga bersama janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.

Kemelut yang berlaku sekali gus mengundang rasa simpati netizen terhadap Ain yang diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan.

Sumber: Instagram PU Abu via MH

Sumber: mstar / IG PU Abu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "‘Kami Dah Tak Tinggal Sebumbung’ – Isteri Baru PU Abu Akui Rumahtangga Dilanda Badai."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*