“Short Vacay With My Beloved Family”- Nabila Huda Bercuti Bersama Amy Search & Ibu Tiri

Alhamdulilah…seronok tengok family ni…

Pelakon dan pengacara Muzikal Lawak Superstar, Nabila Huda kini sedang bercuti bersama keluarga bapanya, Amy Search di Bali, Indonesia.

Ia dikongsi sendiri oleh Nabila dan Amy menerusi akaun Instagram masing-masing.

Menerusi perkongsian itu, mereka memuat naik foto dan video ketika bercuti di sana.

Foto dan video itu mendapat perhatian peminat mereka yang rata-rata gembira dan bersyukur melihat silaturahim mereka sekeluarga utuh kembali.

Percutian itu merupakan percutian keluarga besar itu yang mana buat pertama kalinya menyatukan mereka sekeluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lelaki Teragung, Kau lah kekasih Di dunia Dan Di syurga..💕

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Terdahulu, tercetusnya kekecohan antara Nabila dan ibu tirinya, Norish berikutan perkongsian ucapan Hari Bapa yang dibuat pelakon terbabit kepada Amy di Instagram.

Norish didakwa membalas status berkenaan dengan mendakwa, Amy tidak pernah mengajar anak-anak menyambut Hari Bapa.

Ia menimbulkan kemarahan Nabila yang menganggap Nourish konon sengaja mencari alasan untuk berbalah.
Namun mereka akhirnya berdamai selepas Nabila dan suami sendiri berjump bapa dan ibu tirinya di rumah pada pertengah Syawal lalu

sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Short Vacay With My Beloved Family”- Nabila Huda Bercuti Bersama Amy Search & Ibu Tiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*