“Anak Lagi Macho Dari Bapak”, Gurau Netizen. Siapa Sangka Rupanya Pelakon Cilik Drama Mak Cun Ini Anak Artis Terkenal

Hensem macam ayahnya, tahi lalat tu kebetulan sama plk, huhu sebiji macam Eizlan😀

Pelakon berpengalaman Datuk Eizlan Yusof menjelaskan dia mahupun bekas isteri, Vie Santie Harun tidak berasa sedih melihat anak lelaki tunggal mereka, Zareef Yusof, sembilan tahun muntah kerana terpaksa makan ikan dan menjerit geli apabila badan dilumur lumpur sewaktu menjalani penggambaran drama Mak Cun musim kelima.

Eizlan berkata, dia mengizinkan Zareef terus berlakon walaupun anaknya itu melalui situasi kurang menyenangkan ketika menjayakan beberapa babak dalam drama diterbitkan Erma Fatima.

Ketika dihubungi, Eizlan menjelaskan, walaupun Zareef harus melakukan perkara yang tidak digemari sepanjang terbabit dengan penggambaran drama Mak Cun musim terbaru itu, anak lelakinya tidak pernah bersungut.

“ Satu perkara yang saya tanya kepadanya setiap kali pulang daripada set penggambaran, adakah dia rasa berlakon menyusahkan atau menyeronokkan. Zareef jawab dia sangat seronok.

“ Mendengar jawapan itu sahaja sudah cukup untuk saya. Dia tidak pernah mengadu domba mengenai kepayahan yang terpaksa dilalui,” katanya.

Sebelum ini Erma mahupun Eizlan sendiri ada berkongsi rakaman video yang menunjukkan Zareef muntah sebaik sahaja babak dia disuap makan ikan oleh Mak Cun tamat. Begitu juga rasa geli yang ditunjukkan Zareef apabila dilumur selut.

Kata Eizlan, membintangi drama bersiri Mak Cun adalah kehendak Zareef sendiri dan bukan kerana disuruh dia atau Vie Santie.

“Bagaimanapun, sebagai bapa yang juga pelakon selalu berkongsi pengalaman dengan Zareef, saya turut menunjukkan yang saya juga pernah bermandi selut bagi menjayakan sesuatu babak dalam drama mahupun filem. Selepas dijelaskan Zareef akan faham,” katanya.

Kata Eizlan lagi, anak-anaknya memang meminati dunia lakonan walaupun dia tidak pernah menggalakkan.

“ Anak sulung saya, Vie Zaara yang kini usia 11 tahun juga meminati dunia lakonan. Malah, Zaara dan Zareef juga sebelum ini sudah menjayakan iklan,” katanya.

Cuma, anak kecilnya Vie Zaalia, 6, tidak dibenarkan terbabit dengan dunia lakonan kerana masih kecil.

Menurut Eizlan lagi, anaknya hanya dibenarkan berlakon apabila musim cuti sekolah

Sementara itu rata-rata netizen memuji rupa para anak lelakinya itu yang ‘handsome’. Bak kata pepatah, ‘Ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’.

” Tp anak lagi macho dari bapak walaupun dlm keletihan. handsome pak dengan anak ni”, komen seorang netizen

” Abg ok daddy.. everyone here is so nice and good to abg and aunty.. so glad we had a chance to know them #makcun5 is the best..”

” Heyyy…seriously he had that same ‘tahi lalat’ with daddy @eizlanyusof ..what a surprise!!! So cute lahhh!..”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Quality time with my babies #viezaara #zareefyusof #viezaalia thanks for joining us Uncle @harryjalil #SyukurToALLAH #ProudDaddy #PreciousMoments

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hahahaha punyalah Abang Ayeep @zareefyusofofficial STRESS sebab kena lumur ngan lumpur 😂😂😂 nasiblah nak berlakon sangatkan 🤣 #MakCun5 @ermafatima @izuan_mokhtar

A post shared by Eizlan Yusof (@eizlanyusof) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. 

Sumber: hmetro via asiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "“Anak Lagi Macho Dari Bapak”, Gurau Netizen. Siapa Sangka Rupanya Pelakon Cilik Drama Mak Cun Ini Anak Artis Terkenal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*