Gadis Cantik Ini Rupanya Pengasuh Siti Aafiyah. Dia Dijemput Untuk Menyanyi, Terpegun Semua Orang Waktu Tu

Cantik manis berlesung pipit pengasuh siti Aafiyah 😍😍

Cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa di pilih sempena perkataan ‘Aafiyah’ di dalam Bahasa Arab bermaksud “segala yang baik-baik.”

Baru-baru ini pada 22 Jun 2019 telah berlangsung satu majlis perjumpaan hari raya antara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Sitizone.

Majlis yang dihadiri ramai media dan peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza itu dianjurkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dan kerjasama The Pearl Kuala Lumpur.

Selain beramah mesra bersama peminat, dalam majlis itu juga penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut membuat persembahan sambil mendukung anaknya, Siti Aafiyah.

Pada majlis itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat ditemuramah oleh wartawan yang hadir.

“Selepas berkahwin, saya memang teringin untuk mendapat cahaya mata yang ramai. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian. Alhamdulillah, selepas menanti lama baru saya dikurniakan dengan kehadiran Siti Aafiyah.

“Insya-Allah, jika diizinkan Allah dan ada rezeki, saya mahu menambah bilangan cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun. Sebelum itu, saya harus berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihar terlebih dahulu.

“Saya mohon doa yang baik-baik dari semua peminat, Insya-Allah,” kata Siti.

Apa yang menjadi perhatian ramai selepas majlis berlangsung satu video yang dimuatnaik oleh blogger hiburan terkenal iaitu Budiey mula viral di media sosial.

Video yang dimuatnaik di Youtube dengan tajuk “Pengasuh Siti Aafiyah Tunjuk Bakat Boleh Menyanyi” mula mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan lebih setegah juta.

Jom tonton video di bawah:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

sumber

 

Be the first to comment on "Gadis Cantik Ini Rupanya Pengasuh Siti Aafiyah. Dia Dijemput Untuk Menyanyi, Terpegun Semua Orang Waktu Tu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*