“Dah 3 Hari Dia Tinggal Di Rumah Saya,”- Tak Pandai Bahasa Isyarat, Datin Shahida Kongsi Kisah Pemuda Bisu & Pekak

Mulianya hati Datuk Aliff dan Datin Shahida…terharu tengok..

Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datin Nur Shahida Mohd Rashid ada memuat satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.

Rakaman video tersebut Datin Shahida telah berkongsi satu cerita apabila dia menemui seorang individu yang kelainan upaya yang ingin sangat bertemu dengan suaminya, Datuk Aliff Syukri.

Kongsi Datin Shahida, individu tersebut bisu dan tidak mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan sempurna.

“Keluarga baru saya di rumah…nama dia syukri……umur 20 tahun…x boleh mendengar dan bercakap….datang dari segamat….dia cari rumah saya katanya dari pagi sampai petang sebab nak jumpa dgn @aliffsyukriterlajaklaris …katanya minat sangat…

“Alhamdulillah tetamu tu rezeki sebenarnya…..sembang2 guna telefon je sebab saya x pandai berkomunikasi bahasa insyarat……katanya nak minta kerja….apa2 kerja dia boleh buat……

“Alhamdulillah dah 3 hari dia tinggal di rumah saya…rajin orangnya…..bibik2 saya pun senang dgn dia sebab ringan tulang dan sangat baik…..mereka tulis pakai handfone je jika nak komunikasi……

“Sebenarnya bila jumpa dia saya sedih sebab dia walaupun kelainan upaya tapi happy je sentiasa ceria,kita ni yg sihat sempurna asyik merungut je kenapa begitu begini hidup kita…

“terus insaf dan menghargai apa jua nikmat yg Allah bagi….jadi mengajar kita bersyukur sebenarnya dan menghargai kehidupan kita..Telekung saya dari @muhayya.momentum,” tulisnya panjang lebar.

Dalam pada itu, perkongsian Datin Shahida mendapat perhatian daripada peminat.

Rata-rata peminat memberi pujian kepada usahawan yang berusia 34 tahun itu.

Setiap insan yang lahir di muka bumi ini tidak meminta untuk dilahirkan dengan serba kekurangan dan semoga niat murni Datin Shahida sekeluarga mendapat rahmat daripada Yang Maha Esa.

Video : Instagram Shahida

Sumber : Media Hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Dah 3 Hari Dia Tinggal Di Rumah Saya,”- Tak Pandai Bahasa Isyarat, Datin Shahida Kongsi Kisah Pemuda Bisu & Pekak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*