Pasir Gudang kembali menangis, sekolah anjurkan solat hajat mohon perlindungan

Bilalah pencemaran dekat sana nak selesai. Kesian tengok adik2 dkt sekolah keluar masuk hospital

Pencemaran bahan kimia yang terjadi di Pasir Gudang dilihat semakin membimbangkan. Banyak sekolah yang terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana khuatir lebih ramai pelajar mengalami masalah pernafasan. Sekarang ini, pihak yang bertanggungjawab masih lagi melakukan siasatan terhadap kilang-kilang yang dilaporkan membuat pencemaran. Bencana yang berlaku di Pasir Gudang Johor ini benar-benar menyebabkan trauma dalam kalangan orang awam dan juga pelajar kerana terdedah dengan udara tidak bersih.

Mohon pertolongan daripada Allah S.W.T

Oleh sebab itu, pihak pengurusan SK. Kota Masai 2 telah mengambil langkah melakukan solat hajat diperkarangan sekolah bagi memohon perlindungan daripada Maha Pencipta. Bencana yang menimpa penduduk setempat ini begitu membimbangkan.

Gambar-gambar solat hajat tersebt telah tular sejak semalam dan selepas dikirim seseirang ke laman Facebook Viral Muafakat Johor.

Menerusi sumber, doa bagi memohon bencana tersebut beransur pergi telah dialunkan oleh guru pendidikan Islam Sk. Kota Masai 2 iaitu Muhammad Luqman Md Abu pagi tadi.

Guru besar turut serta

Solat hajat yang berlangsung semasawaktu kokurikulum ini juga telah disertai oleh guru besar sekolah itu sendiri iaitu Mohd Haszam Mohd Husin. Para guru dan pelajar dilihat membentang tikar dan menunaikan solat hajat di tapak perhimpunan sekolah rendah itu.

Semoga anak Pasir Gudang selamat

Menjengah ke ruangan Facrbook sumber, rata-rata netizen dilihat begitu sebak dengan situasi yang ditunjukkan di dalam gambar. Mereka mengakui bahawa tidak dapat membayangkan apa yang dihdapi oleh mereka keran tidak berada di tempat kejadian

Warganet hanya mampu berdoa agar sena yang terlibat dapat menyelesaikan hal ini sebaiknya.

Allah tempat mengadu

Semoga Allah lindungi semuanya

Sumber : Viral Muafakat Johor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Pasir Gudang kembali menangis, sekolah anjurkan solat hajat mohon perlindungan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*