Isi perut kelaparan. Pakcik kutip sisa makanan dalam tong sampah di Ipoh

Kalau dah lapo, bau busuk tolak tepii 😭😭

Segelintir individu perlu bersyukur sekiranya menjamah nasi dengan telur goreng, jika dibandingkan mereka yang hanya berlaukkan garam.

Namun terdapat juga individu lebih daif daripada itu apabila terpaksa mencari sisa makanan dalam tong sampah bagi mengisi perut yang kelaparan.

Itu terjadi kepada seorang warga emas lelaki yang kelihatan sedang mencari cebisan makanan di tempat pembuangan sampah di sekitar Ipoh, Perak.

Menerusi laman Facebook Ipoh Com, terdapat dua buah video yang dikongsikan dan berjaya meraih lebih 9,700 perkongsian dalam masa 24 jam.

Bahagian 1

Bahagian 2

“Lokasi berdekatan UTC Pasar Besar di Ipoh. Pakcik mencari makanan dalam sampah dan memakan sisa yang dibuang oleh orang lain,” tulis kapsyen posting tersebut.
Menerusi video itu, pakcik tersebut kelihatan seperti gelandangan dengan memakai pakaian kotor dan seperti tidak mandi untuk beberapa hari.

Dia juga kelihatan kurus dan agak kurang sihat malah sebaik sahaja menjumpai cebisan sisa itu, dia terus makan tanpa ragu-ragu.

Beberapa pengguna Facebook turut meninggalkan komen dimana mereka juga sering kelihatan pakcik berkenaan di sekitar Ipoh.

Pernah jumpa 18 tahun lalu

Pernah bagi duit, tak nak terima

Sumber : Ipoh Com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "Isi perut kelaparan. Pakcik kutip sisa makanan dalam tong sampah di Ipoh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*