Bila ‘Mat Salleh’ Tegur Orang Malaysia Malu Nak Guna Bahasa Kebangsaan…Mohon Terasa

mohon terasa.. dia punya Bahasa Melayu pon fasih..

Semalam tular entri seorang lelaki warga Britain, dikenali sebagai Rhys William mengenai orang Malaysia yang malu bertutur Bahasa Melayu.

Walaupun entri tersebut dimuat naik Rhys pada bulan Mac lalu, ia kembali tular selepas dikongsi semula di laman Facebook (FB) The Nusantara.

Menerusi muat naik tersebut Rhys menulis fakta tentang jenis-jenis bahasa dan loghat yang terdapat di Malaysia, daripada pelbagai kaum dan bangsa di negara ini.

Bagaimana pun, dia kesal kerana masih ada rakyat Malaysia yang malu, malah masih tidak pandai bertutur Bahasa Kebangsaan.

“Tahukah anda, di Malaysia terdapat 137 bahasa-bahasa dari pelbagai suku kaum dan bangsa? Tetapi antara Bahasa-bahasa tersebut, hanya satu Bahasa kebangsaan.

“Bahasa Melayu adalah Bahasa kebangsaan Malaysia. Tetapi kenapa ramai warga negara Malaysia tak reti cakap Bahasa Melayu atau malu nak cakap dalam Bahasa Melayu,” tulisnya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Rhys William dan meluahkan kekesalan terhadap generasi muda (digelar budak wicet) yang kebanyakannya merosakkan bahasa ibunda dengan menggunakan ayat-ayat atau perkataan yang disingkatkan serta diubah ejaannya dengan melampau, sehingga sukar difahami.

Rhys William atau nama penuhnya Rhys William James, sudah menetap enam tahun di negara ini dan sangat mengagumi Bahasa kebangsaan kita.

Malah, Rhys sangat fasih berbahasa melayu dan penggunaan Bahasa melayu di setiap platfom media sosial miliknya juga sangat baik.

Rhys mula dikenali menerusi blog ‘Mat Salleh Cari Makan’ dan menjadi bintang YouTube selepas itu, kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa kita (bahasa melayu).

Rhys jatuh cinta pandang pertama dengan negara ini ketika bercuti di Kuala Lumpur pada tahun 2012.

“Sebenarnya, saya cuti kat sini tahun 2012. Satu malam bila tengah cuti saya duduk dan minum kat Kuala Lumpur dan boleh nampak pemandangan KLCC, masa tu saya rasa memang nak cuba tinggal kat sini.

“Lepas tu saya mulakan misi untuk tinggal kat sini, dan lepas 1 tahun saya balik sini. Bila saya cuti kat Malaysia masa tu saya jatuh cinta dengan negara ni,” katanya ketika ditemurah sebuah portal tidak lama dahulu.

sumber: Astro gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Bila ‘Mat Salleh’ Tegur Orang Malaysia Malu Nak Guna Bahasa Kebangsaan…Mohon Terasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*