Adam, bersemadi lah dengan tenang disana

Jena z4h dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar untuk dikebumikan.

JENA Z4H Wan Mohammed Adam Mohd Suria, 12, yang m4ut selepas terjatuh daripada lantai bas yang reput, pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baka, Machang, jam 10.10 malam.

Terdahulu, bedah siasat terhadap jena z4h di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh selesai kira-kira 6.40 petang sebelum dibawa dan disembahyangkan di rumah keluarganya di Kampung Kok Kiat.

Jena z4h kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar jam 9.45 malam untuk dikebumikan.

Kira-kira 100 anggota keluarga dan penduduk kampung turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Turut kelihatan, ibunya, Nik Hasmani Mohamad, 44, dan bapa mangsa, Mohd Suria Ismail, 46.

Terdahulu, murid Tahun Enam itu terjatuh daripada bas yang sedang bergerak sebelum digilis tayar kenderaan itu menyebabkannya p4 rah dan m4 ut di Kilometer 12 Jalan Pasir Puteh-Machang-Grik, dekat Kandis, Bukit Yong, Pasir Puteh, jam 11.50 pagi hari ini.

Bas sekolah dinaiki 31 murid itu dalam perjalanan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang ke Besut, Terengganu untuk mengikut Kursus Bahasa Inggeris.

Sebelum kejadian, mangsa dipercayai bermain di bahagian hadapan sebelah kiri pemandu.

Secara tiba-tiba, mangsa melompat ke bahagian hadapan pintu masuk bas dan terus terjatuh ke bahagian bawah kerana berikutan lantai kenderaan itu sudah reput.

sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

 

Be the first to comment on "Adam, bersemadi lah dengan tenang disana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*