“Mencuci Tandas Juga Adalah Satu Daripada Tugasan ..” – Zarul Kongsikan Pengalaman Sebagai Seorang Cabin Crew

Bukan senang tau nak jadi pramugari pramugara

Pelakon dan penyanyi Zarul berkongsi pengalamannya semasa menjadi seorang pramugara di sebuah syarikat penerbangan selama 16 tahun. Zarul akui pada mulanya dia menyangkakan seorang ‘cabin crew’ hanya menyediakan makan dan minum sahaja. Namun sangkaan itu meleset apabila seorang ‘cabin crew’ menggalas tanggungjawab menjadi seorang doktor, polis, pelayan dan ahli bomba.

“Sejujurnya ketika awal-awal pergi ‘interview’ sebagai cabin crew saya sangkakan tugasan mereka hanya menyediakan makan dan minum seperti di restoran dan hotel. Itu sahaja yang ada dalam fikiran saya. “Rupanya tidak. Kadang-kadang ada penumpang yang hidungnya berdarah, pengsan. Macam mana nak uruskan? Masa itu ‘cabin crew’ akan menjadi seorang jururawat atau doktor.

“Tiba-tiba pulak ada orang mabuk sehinggakan mengganggu penumpang yang lain. Ketika itu ‘cabin crew’ menjadi anggota polis bagi mengawal situasi. “Dalam kapal terbang ada penumpang yang hisap rokok di tandas. Buang puntung rokok dalam tong sampah yang dipenuhi tisu. Berlakunya kebakaran kecil, ketika itu ‘cabin crew’ menjadi ahli bomba.

“Saya akui mencuci tandas juga adalah satu daripada tugasan yang perlu dilakukan oleh anak kapal. “Bayangkan kalau perjalanan itu selama 12 jam. Siapa yang mahu cuci tandas? “Kami yang ‘cabin crew’ terpaksa melakukan tugasan tersebut.

“Paling teruk kalau kena penerbangan ke umrah. Pakcik-pakcik yang tak larat dan tak pernah naik kapal terbang, mereka tak tahu macam mana nak ‘flush’ tandas,” katanya. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Youtube miliknya. Selain itu, Zarul akui untuk menjadi ‘cabin crew’ harus mempunyai perwatakan yang kacak dan cantik.

“Kalau jadi ‘cabin crew’ ini kena kacak, muka lawa dan sentiasa kemas. “Yang perempuan kalau tidak pernah bersolek kena belajar. “Yang lelaki kena kemaskan jambang, misai dan rambut.

“Untuk perjalanan yang lama, kena jaga untuk tidak ada bau mulut. Kena berus gigi kerana tidak mandi untuk satu tempoh yang panjang,” katanya lagi. Di samping itu, vokalis kumpulan Umbrella turut berkongsi tips sebelum menjalani sesi temu duga untuk menjadi sebahagian daripada ‘cabin crew’.

sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Mencuci Tandas Juga Adalah Satu Daripada Tugasan ..” – Zarul Kongsikan Pengalaman Sebagai Seorang Cabin Crew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*