“Assalamualaikum Muhammad Adam Aysar,” – Bekas Isteri PU Abu Dedah Wajah Penuh Anak Pada Usia 25 Hari

Comelnya Muhammad Adam Aysar..

Hari ini genap 25 hari anak kepada bekas Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan bekas isterinya, Ain ‘Afini Latif.

Malah, Ain yang telah selamat melahirkan anak pada 7 Jun lalu di sebuah hospital di Shah Alam kini telah mendedahkan wajah penuhnya.

Sekali gus mengumumkan nama kelahiran bayi lelaki itu, Muhammad Adam Aysar.

“Tak sangka dah nak sebulan dah sayang. Moga umi direzekikan dapat menjaga dan melihat kamu membesar hingga sampai waktunya.

“Umi tak ada benda lain boleh bagi melainkan jiwa umi cukup besar untuk terus beri kasih dan sayang pada Aysar. 7 Jun 2019,12:55pm,” tulisnya.

Video yang berlatarbelakangkan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng memaparkan kecerian wajah bayi comel itu.

Lalu, netizen telah meninggalkann komen yang pelbagai terhadap video yang pastinya menyentuh emosi.

Terdahulu, Abu telah menceraikan Ain pada 13 Mac menerusi aplikasi Whatsapp ketika Ain sedang hamil tujuh bulan dan memilih janda anak satu, Hana Azraa sebagai teman hidup.

Video : Intagram Ain Aifini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment on "“Assalamualaikum Muhammad Adam Aysar,” – Bekas Isteri PU Abu Dedah Wajah Penuh Anak Pada Usia 25 Hari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*