Anzalna Nasir belanja wajah terbaru putera sulungnya, Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif

Alololo comelnyaa dia. Besar nanti jadi hensem macam daddy, kelakar macam mummy tau 🤣😜

Umum sedia tahu bahawa pelakon cantik, Anzalna Nasir telah selamat melahirkan bayi lelaki beberapa hari sebelum menyambut bulan Syawal yang lalu. Semalam genaplah sebulan usia Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif yang lahir pada tanggal 31 Mei 2019.Muat naik gambar pertama di Instagram Eidrees
Selepas menunggu hampir 3 tahun untuk dikurniakan cahaya mata, akhirnya pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Dewi Remaja ini disahkan hamil pada oktober tahun lepas.

Semalam, buat pertama kalinya Anzalna dan pasangan memuat naik wajah Eidrees di Instagram bayi itu yang telah dibuka sejak beberapa minggu yang sudah. Lama menunggu. Menerusi Instagram Eidrees juga, terdapat posting mengenai perjalanan 3 tahun perkahwinan Anzalna dan suaminya Hanif dalam berusaha mempeerolehi cahaya mata. Bukan sesuatu yang mudah kerana mereka percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T.

Manjanya Eidrees!
Selepas bergelar ibu dan bapa, pasangan serasi ini turut tidak lokek berkongsi perkembangan anak lelaki mereka itu di media sosial. Mereka turut dilihat begitu bahagia dengan kehadiran zuriat pertama ini.

Hai handsome boy!
Menjengah keruangan Instagram Eidrees, rata-rata netizen telah meninggalkan komen memuji kecomelan bayi sulung Anzalna ini. Mereka turut mendoakan supaya anak sulung pasangan popular ini terus diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang berguna apabila besar kelak.

Happy one month old my handsome

Eidrees dah buka mata

Semoga membesar dengan baik sayang

Sumber : Mohamadeidress

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Anzalna Nasir belanja wajah terbaru putera sulungnya, Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*