Minyak motor ayah habis, gadis ini terharu dengan Uncle Cina tawar pertolongan

Pengorbanan ayah & pertolongan uncle tuu betul2 buat min sebak! 😭 Tersenyum baca story sis ni😊

Tolong-menolong merupakan amalan terpuji yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Tidak kira siapa pun bangsa, agama dan kepercayaan, amalan mulia sebegitu sudah pasti mewujudkan suasana yang positif. Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial Twitter, dia telah menceritakan perihal dia dan ayahnya dibantu oleh seorang lelaki berbangsa Cina ketika dalam kesulitan.

Ujian lepas balik interview dengan ayah
Menurut pengguna Twitter yang menggunakan nama Nebulaaa, dia dan ayahnya telah mengalami sedikit kesusahan apabila motosikal yang mereka naiki kehabisan minyak. Secara kebetulan, seorang pemandu kereta telah berhenti dan menawarkan pertolongan kepada mereka.


Balik interview motor ayah habis minyak

Cadang nak tolak je motor sampai pam minyak


Ada uncle Cina tolong, tak minta bayaran pun

Mungkin kebaikan kita dulu dibalas hari ini

Terima kasih kongsi cerita positif macam ni

Perkongsian yang dibuat oleh gadis ini telah menarik minat ramai pengguna Twitter sehingga mendapat banyak RT di media sosial itu. Mereka turut meninggalkan komen dengan memuji tindakan yang dibuat oleh pemandu kereta tersebut. Warganet juga mengakui bahawa setiap amalan baik yang kita lakukan suatu hari nanti pasti akan dibalas dan dipermudahkan sentiasa.

Gurau anak-beranak

Semoga kebaikan uncle tu terbalas

Bestnya story awak!

Kita mudahkan orang, orang lain mudahkan kita

Sumber: Nebulaaa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Minyak motor ayah habis, gadis ini terharu dengan Uncle Cina tawar pertolongan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*