Gambar Siti Disunting Dan Digantikan Muka Vida, Nampak Macam Kembar Tapi Orang Ramai Cakap Macam …

Hehehe. Gigehnya siapa yang edit muka Siti ganti dengan Vida ni… Yang penting ada suggest Siti & Vida buat lagu duet bersama tau! Why not kan…

Beberapa hari lalu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik sekeping foto beliau menggayakan sebentuk mahkota berwarna perak di kepalanya.

Bagaimanapun, ada pihak yang terlebih rajin menyunting foto berkenaan dan menggantikan wajah Siti dengan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida.

Sepertimana umum mengetahui ketaksuban Vida terhadap mahkota sebagai pelengkap gaya, perkara itu menarik perhatian Vida untuk berkongsi semula di sebuah entri Instagramnya semalam.

Vida memuji kreativiti dan usaha netizen untuk menggantikan wajahnya malah menyifatkan dirinya dan Siti seperti kembar.

“Alamak! Macam-macamlah netizen ni. Kreatif sungguh. Macam kembar pula tiber.

“Lagu favourite Jerat Percintaan,” tulis Vida.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alamakkk.. macam macam la netizen ni .. creative sungguh.. . macam kembar pulak tiberrr @ctdk . lagu favourite Jerat percintaan..

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Netizen tampil dengan pelbagai pujian atas keyakinan Vida dan mengakui kedua-dua wanita itu punyai kredibiliti dalam bidang masing-masing.

“Dua dua jutawan,moga dilimpahkan rezeki yg luas dan dipermudahkan urusan,” puji @syahiran1211.

“Dua-dua cantik .. dua-dua ade identiti tersendiri .. dua-dua saya suka,” tambah @noraishah_abuhamid.

Malah, ada juga yang meminta Vida dan Siti merakamkan sebuah lagu duet bersama.

“Mama @datoserivida bila nak buat single terbaru ? Buat lagu yang gempak-gempak,” saran @ajjjuu_.

Tak cukup dengan itu, netizen turut mencabar Vida untuk merakamkan foto tanpa solekan pada wajah.

“Saya cabar Dato bergambar dgn wajah ori tanpa sikit pun alat solek,” tulis @faredreme.

Di samping itu ada juga antara kalangan netizen yang berseloroh dengan pelbagai komen yang melucukan.

“Ini adik-beradik tiri ni,” tulis @azizimohdzakaria.

“Kembar ke. Lain nau hidung tu,” tambah @zackefmh.

sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Gambar Siti Disunting Dan Digantikan Muka Vida, Nampak Macam Kembar Tapi Orang Ramai Cakap Macam …"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*