“Terima kasih Allah atas kurniaanmu anakku Airis safiyyah lew ini,”- Syahdu… Ebit Lew Imbas Detik Kelahiran Anak 10 Tahun Lalu

Kenangan seorang ayah dengan anaknya..Besar dah anak Ustaz Ebit skrg..

Pendakwah terkenal,Ustaz Ebit Lew ada berkongsi detik terindah apabila dia dan isteri meraikan ulang tahun harijadi anaknya yang ke-10 tahun.

Malah, Ebit bersyukur kerana anak perempuannya,Airis Safiyyah kini membesar dengan baik dan sihat.

“Terima kasih Allah atas kurniaanmu anakku Airis safiyyah lew ini dah 10 tahun. Sekejap jer masa berlalu..

“Selamat hari lahir anak tercinta buah hati ayah 27/6. Dekat tarikh lahir bidadariku yang tercinta 17/6. Rindu sayang luv u,” tulis Ebit.

Dalam pada itu, Ebit telah mengimbau kembali detik kelahiran anaknya itu.

“Masih teringat-ingat isteri sedang berjalan dan tiba-tiba rasa nak bersalin. Terus ke hospital.

“Malam tu tak berhenti.berzikir dan berdoa supaya Allah mudahkan.. Saat mula keluar senyap jer baby. Doktor risau dan kami pun risau…

“Isteri mengalirkan air mata. Tak berhenti mengalir air mata. Ya Allah panjanglah usia dan jadikan ia asbab hidayah..

“Syukur lahir dari perut isteri yang sanggup susah bersama suaminya. Yang tiada gaji besar. Tiada rumah dan tiada kereta. Duit hantaran dikumpulkan bersama walaupun belum benar-benar mengenali isi hati satu sama lain. Keperluan rumah berjimat cermat,” kongsi Ebit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih Allah atas kurniaanmu anakku Airis safiyyah lew ini dah 10 tahun. Sekejap jer masa berlalu..selamat hari lahir anak tercinta buah hati ayah 27/6. Dekat tarikh lahir bidadariku yang tercinta 17/6. Rindu sayang luv u . Masih teringat-ingat isteri sedang berjalan dan tiba-tiba rasa nak bersalin. Terus ke hospital. Malam tu tak berhenti.berzikir dan berdoa supaya Allah mudahkan.. Saat mula keluar senyap jer baby. Doktor risau dan kami pun risau…isteri mengalirkan air mata. Tak berhenti mengalir air mata. Ya Allah panjanglah usia dan jadikan ia asbab hidayah.. Syukur lahir dari perut isteri yang sanggup susah bersama suaminya. Yang tiada gaji besar. Tiada rumah dan tiada kereta. Duit hantaran dikumpulkan bersama walaupun belum benar-benar mengenali isi hati satu sama lain. Keperluan rumah berjimat cermat. Doa dan dan sokongan ibubapa dan ibubapa mertua. Isteri yang tidak pernah merungut walaupun sekali dalam hidupnya. Sedangkan selalu hidupku diuji dengan kesusahan dan kesibukan dalam kerja agama..pernah kadang-kadang tiba-tiba saya ada tugas agama yang perlu dilaksanakan. Bila pulang ke rumah, isteri telah menyiapkan semua barang untuk berada di jalan Allah. Benarlah isteri yang paling dicintai suami ialah isteri yang paling memahami suami dan bersama-sama menyokong dalam kerja agama.. Saat kesibukan melanda. Saya berikan duit padanya. Sedar-sedar dia belikan hadiah buat mak ayah saya dengan duit yang diberikan… Kadang-kadang benarlah hargailah wanita yang bersama ketika kita susah. Selamanya tiada sepertinya dengan kehendak Allah. Kadang-kadang pulang lewat ke rumah. Gembiranya hati lihat isteri sedang hidupkan Ta’lim bersama anak-anak. Wahai anakku contohi dan belajar dari umi yang berkorban untukmu dan ayahmu dan hanya kerana mencintai Allah. Jadilah seperti sahabiah. Ya Allah terima kasih memberiku ibubapa yang baik. Ya Allah terima kasih memberiku isteri yang baik. Ya Allah terima kasih atas kurniaanmu-ebit lew #jomDaftarKeluargaSunnah #oktober2019 #tourkeluargasunnah2019

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Malah, Ebit memuji sifat kekuatan yang ada pada setiap individu yang bergelar isteri.

“Doa dan dan sokongan ibubapa dan ibubapa mertua. Isteri yang tidak pernah merungut walaupun sekali dalam hidupnya.

“Sedangkan selalu hidupku diuji dengan kesusahan dan kesibukan dalam kerja agama..pernah kadang-kadang tiba-tiba saya ada tugas agama yang perlu dilaksanakan.

“Bila pulang ke rumah, isteri telah menyiapkan semua barang untuk berada di jalan Allah.

“Benarlah isteri yang paling dicintai suami ialah isteri yang paling memahami suami dan bersama-sama menyokong dalam kerja agama..

“Saat kesibukan melanda. Saya berikan duit padanya. Sedar-sedar dia belikan hadiah buat mak ayah saya dengan duit yang diberikan,” tulisnya lagi.

Tambah Ebit lagi, dia mengangkat martabat si isteri sebagai satu jalan Allah kerana berjaya melahirkan dan mendidik anugerah dari Allah (zuriat).

“Kadang-kadang benarlah hargailah wanita yang bersama ketika kita susah. Selamanya tiada sepertinya dengan kehendak Allah.

“Kadang-kadang pulang lewat ke rumah. Gembiranya hati lihat isteri sedang hidupkan Ta’lim bersama anak-anak.

“Wahai anakku contohi dan belajar dari umi yang berkorban untukmu dan ayahmu dan hanya kerana mencintai Allah. Jadilah seperti sahabiah.

“Ya Allah terima kasih memberiku ibubapa yang baik. Ya Allah terima kasih memberiku isteri yang baik. Ya Allah terima kasih atas kurniaanmu,” akhiri Ebit.

Lalu, netizen tersentuh akan perkongsian Ebit dan meninggalkan komen yang pelbagai.


Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 300,000 kali.

Video : IG Ebit Lew

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "“Terima kasih Allah atas kurniaanmu anakku Airis safiyyah lew ini,”- Syahdu… Ebit Lew Imbas Detik Kelahiran Anak 10 Tahun Lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*