Langkah demi langkah caara Solat Dhuha yang mudah, ringkas dan betul. Sekali Dengan Doa

Langkah demi langkah caara Solat Dhuha yang mudah, ringkas dan betul. Sekali Dengan Doa

Adakah anda sedang baca arti kel tentang caara solat dhuha di pejabat? Tentu sekali anda ialah seorang pekerja yang baik berdedikasi. Pasti disayangi oleh pentadbir dan rakan-rakan sekerja yang lain.

Atau adakah anda sedang membaca arti kel tentang cara solat dhuha ini dari rumah? Jika anda seorang surirumah, bertuah sungguh suamimu. Sanggup luangkan masa yang sedikit, mencari ilmu tentang caara solat dhuha untuk mendekatkan diri pada Allah.

Jika anda baca entri cara solat dhuha ini dari asrama atau hostel, kami yakin yang anda adalah seorang pelajar cemerlang. Susah mahu jumpa pelajar yang bukan sahaja berjaga awal, tetapi ada inisiatif untuk mengerjakan solat dhuha.

Tahniah kami ucapkan!

Untuk pengetahuan, sumber asal artikel ini adalah terbitan Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu. Cara solat dhuha ini cuma sebahagian sahaja dari keseluruhan Panduan Mengerjakan Solat Sunat. Untuk download PDF lengkap dari Unisza, sila ke sini.

Teks untuk gambar di atas adalah seperti berikut:

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:


“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”

1. Lafaz Niat Solat Dhuha;


“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha

2. Doa selesai solat Dhuha;


“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

Doa Solat Dhuha

Ya Allah, Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu, Kecantikannya Kecantikan-MuKeindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu, Kekuasaannya Kekuasaan-Mu, Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah, Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah, Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah, Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha, Kecantikan-Mu, keindahan-Mu, Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala, Yang Engkau telah limpahkan, Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Semoga bermanfaat!

Sebagai alternatif, untuk doa dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu, tonton video ini dari UNIC.

Sumber : siraplimau

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sinar Viral Press

Be the first to comment on "Langkah demi langkah caara Solat Dhuha yang mudah, ringkas dan betul. Sekali Dengan Doa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*